Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012





Zuyyin, yang tadi sedang bermain dengan Aisyah ditarik kasar oleh abangnya.


     “Awak, ni adik saya la. Bukan adik awak… awak mana ada adik.” ujar Ziyad sambil menarik lembut tangan adik perempuannya dari tubuh kecil itu.

     “Saya ada adik la! Banyak kali saya beritahu awak. Awak ni, tak percayakan saya ke?” kedengaran mundur saja suara itu, mukanya turut ditunduk memandang lantai. Ziyad kelihatan sudah serba salah. Adiknya telah hilang dari pandangan, menuju ke taman permainan.

     “Ala… awak jangan la sedih-sedih. Nanti saya sedih jugak.” suara Ziyad kedengaran seperti ingin menangis. Gadis itu mengangkat muka memandang sahabat baiknya. Mata bulat Ziyad dipandang Aisyah.

     “Dah awak cakap saya tak ada adik. Saya kan ada adik, kenapa awak tak percaya. Tapi adik saya tak ada dekat sini.” bersungguh-sunggguh Aisyah berbicara.

     “Adik awak duduk jauh ke? Dekat mana? Kenapa adik awak tak duduk di rumah awak?” tanya Ziyad dengan begitu teruja.

     “Walid cakap adik dengan ummi duduk jauh sangat. Airepelane pun tak boleh pergi. Walid cakap adik dengan ummi duduk dekat situ.“ Ziyad memandang ke arah tangan Aisyah menunjuk.

     “Awak tipu saya ye? Mana ada rumah dekat atas sana.” tangan ditunjukkan ke arah langit.

     “Ada awak, walid cakap adik saya dah balik rumah Dia. Ummi pun balik rumah Dia. Tapi kan awak, bila saya cakap nak ikut balik rumah Dia, walid cakap walid tak nak saya balik rumah Dia lagi. Saya tak tahu kenapa.” disuarakan rasa ketidaktahuaannya pada Ziyad. Ziyad buat muka tak tahu tanda dia benar-benar tiada jawapan untuk itu.

     Tiba-tiba Aisyah berubah ceria. “ Awak, awak nak tahu tak? Semalam saya mimpi ummi nak bawa saya pergi jumpa adik saya. Nanti jangan cemburu, saya main dengan adik saya, saya tak main dengan awak dah.”

     “Awak, jangan tinggalkan saya. Nanti saya nak main dengan siapa? Kan saya main dengan awak je.” kata-kata Ziyad dibalas dengan senyuman manis milik Aisyah.

     “Siapa suruh tak nak kasi saya main dengan adik awak? Padan muka awak! “ ujar Aisyah.

     “Awak… jangan la tinggalkan saya.” rayuan Ziyad sudah kedengaran.
     “Kenapa, nanti awak rindu ye?” serkap Aisyah.

       Ziyad biarkan soalan itu tidak terjawap.

     “Eh, awak macam mana awak boleh ada dekat sini?” ujar Ziyad tiba-tiba kepada Aisyah yang sepatutnya berada di hospital.

     “Awak tak tahu ke? Hari ni saya keluar hospital la.” kedengaran ceria sahaja suara tu.
Ziyad hanya mengangguk kepala tanda mengerti. 

Selang beberaa saat kemudian Aisyah bersuara kembali.

     “Awak, kalau saya jumpa ummi saya, awak gembira tak?” tanya Aisyah.
     “Mestilah gembira. Bila awak gembira, saya pun gembira!” balas Ziyad sambil menayangkan giginya. Aisyah turut tersenyum mendengar jawapan Ziyad.

     “Erm.. awak.. nama panjang awak Muhammad Ziyad Imtiyaz, kan?” tanya Aisyah.
     “Iye, kenapa awak?” balas Ziyad.
     “Tak ada apa. Baiklah awak, ummi saya dah panggil tu. Saya pergi dulu ye awak. ” ujar Aisyah cepat-cepat.

Ziyad melambai-lambai tangan ke arah Aisyah. 

Tiba-tiba Aisyah berpaling…

     “Kalau awak gembira bila saya gembira, jangan rindu saya tau bila saya rindu awak! “ kata Aisyah sambil tersenyum hingga terserlah lesung pipitnya lalu meninggalkan Ziyad yang kebingungan.

     Ziyad terus mengorak langkah ke taman permainan untuk memanggil adikknya pulang kerana senja makin tiba. Kata-kata Aisyah bermain di mindanya.


     ‘Esok, Ziyad nak tanya baliklah dekat Aisyah,’ desis hati Ziyad. Dia tekad!




Keesokkannya….


     “Ayah, ayah nak bawak Ziyad pergi mana ni? Kenapa kita pergi rumah Aisyah? Kita pergi sekolah dengan Aisyah ke, ayah? Mama?” bertubi-tubi soalan dihadiahkan kepada ayah dan mama.

     Pagi-pagi lagi ayah sudah menyuruhnya dan adik mandi sedangkan sekolah mereka  pada sebelah petang. Mama pula seakan-akan baru lepas menangis. Apabila ditanya, soalan dibiarkan sepi tiada jawapan. Akhirnya dia simpan sahaja.

     Bila mereka tiba di rumah Aisyah, sudah ramai yang berkerumun di sana. Siapalah yang tidak kenal dengan Airin Aisyah binti Zaidi ini. Mukanya yang manis, tangannya yang ringan, otaknya yang bijak, lidahnya yang fasih dan berbagai lagi keistimewaan sahabatnya ini.

     Di sebalik ramai-ramai itu, Ziyad terpandang wajah seseorang. Lantas Ziyad berlari ke arahnya.

     "Abi!” ujar Ziyad lantas mendakap tubuh abi Aisyah.
     “Abi, kenapa ramai dekat rumah Abi ni? Mana Aisyah, Abi?” Ziyad terus melontarkan soalan kepada Abi.

     Abi didatangi oleh Ayah dan Mama. Setelah bersalaman, Ayah dan Mama terus masuk ke dalam. Tinggallah Ziyad dan Abi.

     “Ziyad, dengar kata Abi ye. Walau apa pun yang berlaku, Ziyad perlu tahu yang Aisyah sayang dengan Ziyad. Aisyah suka bersahabat dengan Ziyad. Aisyah….” Di akhir kata, suara Abi semakin perlahan. Hati Ziyad semakin gelisah.

     “Kenapa dengan Aisyah, Abi? Aisyah pergi jumpa ummi ke?” butiran ayat yang keluar dari bibir Ziyad mendapat perhatian Abi.

     “Apa dia, Ziyad? Apa Ziyad kata?” soal Abi.
     “Semalam, kali terakhir Ziyad jumpa Aisyah bila  Aisyah pergi dengan ummi.”
     “YA ALLAH!” lantas dipeluk tubuh Ziyad.

     Ziyad hanya membiarkan sahaja Abi memeluk tubuhnya. Tidak lama kemudian dia dibawa Abi masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba dia terpandang sekujur tubuh kaku. Tubuhnya kecil seperti Aisyah.

     “Abi, tu Aisyah ke?” perlahan sahaja suara Ziyad.
     “Ye, tu Aisyah.” balas Abi. Genggaman erat semakin putus. 

     Kaki Ziyad terus melangkah ke arah Aisyah. Yang lain hanya melihat. Bukan mereka tidak tahu persahabatan antara Ziyad dan Aisyah amat akrap. Ziyad terus bersila, betul-betul di tepi Aisyah. Ditatap wajah Aisyah.

     “Awak, semalam awak tanya saya, andai awak gembira adakah saya gembira, dan saya jawap saya gembira kalau awak gembira. Hari ini, awak gembira sebab awak pergi kepada ummi awak. Abi awak menangis walaupun air matanya tidak menitis. Hati saya rasa kekosongan apabila tidak dengar suara awak pagi tadi. 

     Dan saya tahu, kekosongan itu takkan pernah terisi lagi oleh sesiapa pun, sebab ruang kekosongan itu hanya ruang untuk awak!

     Awak, saya tahu awak akan tinggalkan saya. Lepas saat ni, saya tak mungkin dapat tatap wajah awak lagi. Suara awak takkan saya dengar lagi. Dan senyuman awak takkan saya dapat lagi, kerana semalam merupakan kali terakhir senyuman awak buat saya. Tulah sebab awak berpaling semalamkan? Awak bukan sahaja nak bercakap, awak juga nak tinggalkan senyuman terakhir awak buat saya, kan?
     

     Awak, maafkan saya kalau saya buat salah dengan awak. Awaklah sahabat terbaik saya. Saya nak beritahu awak semuanya saat ini. saya takut nanti saya tak sempat awak. Awak terima kasih, sebab awak sudi jadi sahabat saya. 

     Awak terima saya saat rakan-rakan lain tolak saya. Awak sambut saya saat kawan-kawan lempar saya. Awak sentiasa bersama saya, walau apapun yang berlaku. Terima kasih awak untuk itu. Saya tak mungkin dapat lupakan awak. 

     Awak, saya minta maaf andai kata saya tak dapat pegang kata-kata awak.” kata-kata Ziyad sedikit sebanyak menyebakkan lagi suasana.

       Lamunan Ziyad tentang kenangan bersama Aisyah hilang saat titis-titis hujan rintik jatuh membasahi mukanya.

       Itu kenangan dulu. Kenangan bersama Aisyah Umairah yang menjadi sahabat setianya. Biar sudah hampir 20 tahun kenangan tu, namun begitu segar di ingatan Ziyad. Tidak mungkin dia boleh melupakan seseorang yang telah mendapat tempat dihatinya.

‘Saya rindu awak,’ desis hati Ziyad.

     “Awak maaf, sebab saya tak dapat pegang kata-kata awak yang ‘kalau awak gembira bila saya gembira, jangan rindu saya tau bila saya rindu awak!’ tu. Sebab… saya terlalu rindukan awak. Saya rindu nama awak. Saya rindu diri awak. Saya rindu kehadiran awak. Saya rindu senyuman awak. Saya rindu suara awak. Saya rindu segalannya tentang awak. 

     Awak… saya… rindu kenangan bersama awak. Awaklah sahabat terbaik saya. Takkan saya lupakan kenangan-kenangan kita. Awaklah wanita yang mampu mencuri hati saya. Dalam kehidupan saya, awaklah anugerah yang terbaik!” ujar Ziyad sambil merenung kubur milik Aisyah.

     “Awak, saya dah kawin dengan seseorang ini. Sedikit sebanyak perangai seperti awak. Setiap kali saya pandang dia, saya teringat awak. Tapi saya tahu, diri dia, bukan diri awak. Awak masa silam saya, dan dia bukan. 

     Tapi awak jangan risau, saya akan sayang isteri saya seperti mana saya sayang awak. Walaupun tidak sebanyak sayang saya kepada awak, saya akan cuba! Saya akan cuba terima diri dia bukan diri awak.” sambung Ziyad sambil mencabut anak rumput yang makin membesar.

     “Ok la awak, lain kali saya lawat awak lagi ye.  Anak saya Aisyah Umairah dah panggil-panggil dah tu. Awak mesti tahukan nama tu? Sebab saya dan isteri saya sepakat nak ambil nama awak. Saya pergi dulu ye awak, Assalamualaikum. 

     InsyaAllah, saya akan datang lagi. insyaAllah lain kali saya dating berempat. Ya awak, isteri saya disahkan mengandung awak. InsyaAllah, saya takkan lupakan awak!”  kaki Ziyad mengorak langkah meninggalkan perkuburan.

Kenangan bersamamu Aisyah tidak ku tinggalkan,
Kegembiraan bersamamu Aisyah tidak ku lepaskan,
Kerinduan bersamamu Aisyah tidak ku biarkan,
Kasih sayang terhadapmu Aisyah tidak ku luputkan.

2 comments:

  1. masih berusaha untuk persiapkan diri menjadi zauj suatu hari kelak insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...amin. Semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita.

    ReplyDelete