Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Wednesday 25 January 2012


BAB 4

     Kini sudah tahun last Along berada di Kolej Matrikulasi Selangor. Along selalu balik tiap-tiap dua minggu ke rumah untuk melepaskan rindu pada adik-adik kesayangannya.

     Along mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital kerana sakit di kepalanya sering sakit sejak kebelakangan ini. Namun pemergiannya ke hospital tidak ada sesiapa yang tahu.

     Dia tenang mendengar keputusan pemeriksaannya itu dari Dr.Rahman iaitu ayah kepada rakan karibnya, Khairul Ikhwan ketika di bangku sekolah dahulu.

     Ucu masih lagi tidur dengan kalimah yang sering dibaca oleh Along itu. Ucu bagaikan sukar tidur tanpa kalimah itu. Dia akan tertidur selepas beberapa minit kalimah itu disebut Along, namun kalau orang lain yang menyebutnya, alamat lama jugalah nak tunggu Ucu tidur.

 “Yeye... Along nak bawa kuar,” kata Ucu yang sudah berusia 4 Tahun itu.

     Ucu sudah bersiap dengan baju muslimah serta tudung berwarna pink. Cuti semesta baru seminggu bermula, Along kini ingin berehat sebelum sambung belajar.

“Lawanya Ucu, terpikat Achik pandang,” kata Achik.
“Kata terima kasih, Achik,” ujar Angah kepada Ucu.
Time acih, Chik,” balas Ucu.
“Pandainya Ucu Achik,” balas Achik sambil mengusup kepala adiknya itu.
“Tengok la adik siapa?” kata Alang yang baru turun bersama Along .
“ Adik kita!” balas mereka semua.

     Kedengaran mereka ketawa sehingga ke dapur.

“Eh… ketawa pulak budak-budak ni. Tadi kata nak keluar, kalau keluar petang karang jem pulak,” kata ummi yang baru keluar dari dapur.

Kitorang pegi dulu ummi,” ujar Along selepas menyalam tangan ummi.
“Pandu hati-hati,” nasihat ummi.

     Hari berganti hari, kini mereka sudah besar. Ucu sekarang sudah bersekolah rendah, Alang di sekolah menengah, Achik di UiTM, Angah pula buat master first year dan Along master last year.

     Pada malam cuti persekolahan bermula, tiba-tiba Ucu pengsan ketika baru turun dari tangga kecil di rumah. Nasib baik Along ada ketika itu telah menyambut Ucu daripada jatuh.

     Selepas 10 minit Ucu tidak menyedarkan diri, Along ambil keputusan untuk bawa Ucu ke hospital. Terpacar di wajah mereka semua kerisauan tentang keadaan Ucu.

     Laporan yang diberitahu kepada Along dari Dr.Rahman ialah Ucu menghidap kanser hati. Ucu perlu segera dibedah kalau tidak nyawanya dalam bahaya dengan usianya yang begitu muda itu. Ahli keluarga diberitahu tentang hal itu selepas Along dan Angah keluar dari bilik Dr.Rahman itu.

     Itulah penyakit yang tidak dapat doktor kesan ketika Ucu baru dilahirkan. Walaupun doktor sudah banyak kali membuat pemeriksaan, masih belum menemui penyakit yang dihidap Ucu ketika itu.

Sudah genap dua minggu Ucu ditahan di HKL. Malam itu Ucu bersama dengan ummi.

“Ummi, Ucu nak balik. Ucu tak nak duduk sini. Ucu rindu Along,” rengek Ucu pada ummi.
“Ya sayang, Ucu kena sihat dulu, makan ubat yang doktar kasi nanti bila dah sihat baru Ucu boleh keluar cepat,” pujuk ummi.

     Ucu yang tadi merengek sudah lena tidur ditemani ummi. Ummi tidur dengan hati penuh kerisauan.

No comments:

Post a Comment