Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Wednesday 25 January 2012


BAB 5

“Tuan, puan pihak hospital telah menjumpai penderma yang sanggup mendermakan hatinya kepada anak tuan puan,” kata doktor selepas beberapa minggu hari Ucu dimasukkan ke dalam hospital.

“Alhamdullilah, boleh kami tahu siapakah penderma itu?” tanya abah kepada doktor.
“Maaf tuan, penderma tidak mahu identitinya diketahui oleh ahli keluarga pesakit,” balas doktor itu.

“Kalau macam tu, tolong ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada dia ya,” kata ummi kepada doktor.
“InsyaAllah,” balas doktor.

     Sejak kebelakangan ini, Along jarang kelihatan ada di rumah. Ummi dan abah sedari dengan perangai Along yang agak pelik itu. Hari pembedahan semakin hampir, Along masih lagi kelihatan dengan perangai anehnya itu.

“Ummi, abah Along nak luar. Mungkin beberapa hari ini Along tak balik rumah,” kata Along pada suatu petang.

“Along nak pergi mana? Hari pembedahan tu nak dekat dah. Takut Ucu sedih pula tak nampak muka Along,” balas abah.

“InsyaAllah, hari itu Along ada,” balas Along seraya membetulkan songkoknya selepas menyalam tangan ummi dan abah.

     Lama dia merenung wajah ummi dan abah sementara menunggu adik-adiknya. Along sedang meletakkan barang ketika adik-adiknya sampai untuk menyalamnya.

     Achik dan Alang sudah bersalaman dengan Along. Kini tibalah giliran Angah untuk menyalam Along. Entah mengapa hatinya merasakan dia akan merindui Alongnya itu.

“Angah sayang Along,” kata Angah seraya dia memeluk Along.
“Along pon sayang Angah,” balas Along seraya mengelap air mata Angah yang sudah jatuh bercucuran.
“Dah… dah jangan nangis. Along pergi bukan lama,” kata Along.

     Ketika Along ingin masuk ke dalam perut kereta, sempat lagi Along mencium pipi Angah. Angah sedang mengadu kepada ummi ketika Along melambaikan tangan.

     Sehingga ke akhir pembedahan wajah Along tidak kelihatan. Apabila abah menghubungi Along, pasti masuk ke kotak simpanan suara. Ucu kelihatan sangat merindui Along, namun hanya suara Along dari rakaman suara kalimah itulah yang menjadi pengubat rindu Ucu.

     Sudah sebulan pembedahan tu, wajah Along masih tidak kelihatan. Sehingga Ucu keluar hospital pun, Along tidak pulang.
     Malam itu, Ucu dibawa Alang ke bilik Along. Ucu duduk di satu sudut yang sering dia duduk, tiba-tiba dia ternampak sepucuk surat.

“Alang… alang ada curat,” kata Ucu.

     Lantas surat ittu diambil, dan Alang terus berlari turun pergi ke abah yang sedang menonton Semanis Kurma. Abah terus membaca surat itu selepas diberi oleh Alang. Surat itu dibaca kuat.


Assalamualaikum, sume pe kabar? Sihat? Ermm…ummi,abah Along nak minta maaf sebab telah membuat ummi ngan abah risaukan anak ummi ngan abah yang sulung ni.  
Along sebenarnya telah menyembunyikan tentang ketidaksihatan Along. Along tak bermaksud nak menyembunyikan dari pengetahuan ummi dan abah, Along tak nak ummi, abah dan adik-adik Along semua risaukan Along. 

Maafkan Along ye ummi, abah…Angah, Achik, Alang dan Ucu… Along mintak maaf sangat-sangat kalau Along ada buat salah kat korang. Ummi, abah… halalkanlah makan minum Along sejak dari Along dilahirkan.

Sebenarnya Along disahkan menghidap barah otak beberapa tahun yang lalu, Along bersyukur sangat-sangat pada Allah sebab Uculah yang telah menghidupkan semangat Along untuk terus hidup. Biarlah Along menanggung kesakitan itu sendirian. Along tak nak adik-adik Along risaukan Along. ALONG SAYANG SUME!

Doktor telah mengesahkan keadaan Along kritikal. Along kene duduk di hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun jangan rindu kalu Along tak de disisi, Along sentiasa tersemat di hati Ucu sebab hati Along ada dengan hati Ucu. Jangan salahkan Dr.Rahman tentang hal ini, dia hanya mendengar syarat-syarat Along.

Buat dik-adik Along belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan kecewakan hati ummi ngan abah. Alang tolonglah jage Ucu baik-baik, ingatlah jangan beri sesiapa menyakiti hati Ucu, kerana ia akan menyakiti hati Along juga. 

Ingatlah pesanan-pesanan Along!
Jadilah orang yang berjaya di dunia dan akhirat sana. Jangan melawan cakap ummi dan abah, malah sayangilah mereka. InsyaAllah, andai kata Allah belum menjemput Along lagi, ummi abah bolehlah melawat Along kat HKL, bilik ICU… no.3. 

Namun kalau sekarang sudah berpenghuni baru, boleh la menziarah Along di sebelah kubur yang berwarna pink di tanah perkuburan Islam, Bandar Tasik Puteri. Janganlah meratapi pemergian Along, Along tak nak melihat orang yang Along sayang bersedih.

ALONG SAYANG SEMUA! 

Jangan lupe doakan Along di sini. Along akhiri dengan salam. 
Assalamualaikum.

Yang benar,
Anak ummi ngan abah

     Air mata telah membanjiri ruang tamu rumah itu.  Rupanya solat jenazah yang diimamkan abah dan jenazah yang turut ditanamkan oleh abah tadi rupanya jenazah Along. SubhanaAllah!
     Malam itu kedengaran ayat-ayat suci al-Quran dalam bilik solat. Mereka redha andai itu takdir Along.

     Pagi itu mereka melawat Along. Angah merupakan orang terakhir yang meninggalkan tanah perkuburan itu. Dia tidak menyangka Along akan pergi secepat itu. Teringat dia akan perasaannya yang berlainan tatkala kejadian kali terakhir dia berjumpa dengan Along.

Masih tergiang-giang suara sedap Alongnya menyanyikan lagu nasyid kesukaan masing-masing. Alongnya merupakan salah seorang aset terpenting dalam kumpulan nasyid di sekolah ketika dulu. Tidak ubah juga sekarang, kerana dia merupakan pemain alat muzik terpenting dalam groupnya sendiri.

No comments:

Post a Comment