Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Wednesday 25 January 2012



BAB 6

    Semalam genaplah 3 tahun kematian Along. Kenangan bersama Along masih segar dalam ingatan. Walaupun Ucu sudah berusia 10 tahun, dia masih lagi sentiasa tidur dengan baju melayu kesukaan Along dan rakaman suara Along dengan kalimah suci itu. Suara Along yang lunak itu mampu mengalirkan air mata bagi orang yang mendengarnya.

     Songkok Along kini sudah menjadi songkoknya yang sering kali dipakai oleh Achik. Achik kini sudah menjadi seorang yang matang seperti Alongnya.

     Angah sudah diijabkabul dengan anak kawan umminya yang merupakan kawan sepermainannya ketika kecil dulu. Angah sudah disahkan mengandung selepas beberapa minggu perkahwinan mereka.

     Sebulan kemudian, tali pertunangan antara Achik dengan gadis pilihannya. Pelajaran Alang dan Ucu sangat bagus.

     Perangai, sopan santun, cara memujuk dan cara mengenyik mata suami Angah, Muhd Zuhairi Daiyan agak serupa dengan Along. Itu membuatkan Angah asyik terkenangkan Along. Dia juga selalu meluangkan masa dengan adik-adiknya walaupun sudah bersuami.

     Hari itu mereka semua berkumpul di rumah abah. Angah sekeluarga, Achik dan tunangnya, Alang dan Ucu. Ummi dan abah ada di surau sejak maghrib tadi.

     Zuhairi sedang berusaha untuk mengambil telefonnya yang terjatuh di belakang katil, sehingga dia terpaksa menarik katil itu. Ketika itu, dia terpegang satu bungkusan seakan-akan kotak di bawah katil itu. Lalu dibersihkan bungkusan yang berdebu itu sebelum dibawa keluar untuk menanyakan kepada isterinya.

“Sya... Sya, ni bungkusan apa? Abang jumpa kat bawah katil tadi,” tanya Zuhairi.

     Angah memandang bungkusan itu lalu dibuka bungkusan itu. Dibaca apa yang tertulis di atas kotak itu....

'TENGOK RAMAI-RAMAI'

Apabila dibuka kotak itu, ternampak satu video tape dan satu album, lalu dipasang video tape itu selepas semua orang bersedia.

     Ada seorang lelaki yang bersongkok hitam, di atas katil hospital. Along! Ya, itu memang Along. Walaupun muka Along pucat, namun mereka masih boleh kenal Along.

“Assalamualaikum,” kata Along.

     Air mata yang sudah tak dapat dibendung akhirnya jatuh bercucuran. Ucu yang sedih itu ingin beredar dari situ.

“Ucu, duduk dulu,” terhenti langkah Ucu, Ucu patuh pada arahan Along. Terpacar di setiap wajah adik-adik Along kerinduan.

“Ermm… dah jawab salam Along belum?” tanya Along.

     Hanya senyuman hambar yang diberi mereka.

“Macam mana kehidupan korang? Ucu dah semakin sihat ke? Along rindukan korang semua, korang rindukan Along tak?” kata Along sebelum berhenti sekejap.

“Kitorang pon rindukan Along!” balas mereka.

     Angah sudah menangis di bahu suaminya, Alang sudah berpelukan dengan bakal kakak iparnya dan Ucu sudah berada di dalam dakapan Achik.

“Angah, Angah dah jalankan tak apa yang Along suruh?” tanya Along.
     Angah hanya mampu mengangguk kepala.

“Achik… Achik mesti lindungi keluarge kita. Maafkan Along sebab terpaksa meninggalkan tanggungjawab yang begitu besar kepada Achik pada usia semuda ini. Maafkan Along,” kata Along pada Achik.

     Tiba-tiba hati mereka yang risau kerana tiba-tiba saja Along memegang kepalanya, lalu muncullah seorang lelaki yang berbaju plastic. Angah kenal siapa orangnya. Lelaki itu merupakan kawan karib Along.

“Tak apa, Along ok,” kata Along seakan-akan tahu kerisauan mereka.

“Alang, Alang jalankan tak apa yang Along suruh?” air mata Alang sudah membasahi bahu Ucu.
“Ucu, Ucu ingat lagi tak Along?” tanya Along pada Ucu seraya menghadiahkan senyuman manis kepada mereka semua.

“Erm… ummi dengan abah pegi surau ek?” tanya Along seraya membetulkan songkoknya. Songkoknya masih mejadi peneman di kala ini.

 “Along nak minta maaf dekat semua andai kata Along ada buat apa-apa dosa kat korang. Along dah ampunkan segala dosa korang dekat Along. Alang, Along minta maaf sebab marahkan Alang sehingga Alang merajuk dengan Along hari tu. Along tak nak kejadian yang lalu berulang,“ sambung Along sambil mengelap air mata yang kian jatuh.

     Muka Angah sudah berkerut. Di benaknya memikirkan kejadian apa yang dikatakan Along.

“Mesti korang tertanya-tanya kejadian apa? Apatah lagi Angah sebab dia hidup lama dengan Along dari yang lain,” sambung Along selepas berhenti sekejap.

“Jawapan itu ada kaitan dengan jawapan yang pernah Angah tanya pada Along hari tu. Angah ingat tak, yang Angah tanye ada tak orang yang istimewa di hati Along,”

“Kalu nak tengok perempuan yang telah berjaya mencuri tahkta di hati Along, gambar die ada kat dalam album,” sambung Along lagi.

     Lalu dibuka album itu. Ada satu gambar, abah dan dua orang budak di atas riba abah. Gambar itu kelihatan sudah lama.

“Budak laki tu Along, kan?” tanya Achik.
“Iye, tapi budak popuan tu?” balas Angah.

“Mesti korang tertanya-tanya siapa budak perepmpuan yang duduk kat atas riba abah tu kan?” semua mata tertumpu pada Along.

“Dia seorang yang sangat baik hati, penyayang dan dia sanggup mengorbankan nyawanya semata-mata untuk menyelamatkan Along,” kata Along sambil mengelap air matanya.

“Nama dia Nurul Aliya Aiman, kakak kita, kembar Along,” keadaan tadi yang ternanti-nanti jawapan Along kini terkejut.

“Ya, die kakak kita. Hanya Along yang panggil dia Ayong. Ummi dan abah pun tak tau. Angah tak kenal Ayong sebab ketika kemalangan tu, Angah kat dalam kandungan ummi yang berusia 8 bulan. Hanya sebab Along nak ambil bola yang ada kat luar pagar, Along tak perasan ada kereta ketika itu. Ayonglah yang menolak Along bagi menyelamatkan Along. Ayong meninggal dunia di situ,” jelas Along.

“Sebab itulah Along tak nak adik-adik Along jadi macam Ayong. Hanya disebabkan kenakalan Along, Ayong pergi menghadap Ilahi pada usia yang begitu muda, masih belum puas melihat dunia, namun apakan daya,” sambung Along.

“Ummi dengan abah dah balik ke?” seraya itu kedengaran salam diberi. Video itu dipause, video itu diplay kembali setelah ummi dan abah duduk di depan kaca tv.

     Ummi dan abah juga panic apabila melihat Ucu menangis, lalu diikut saja ke mana Ucu menarik. Terpaku mereka apabila melihat anak lelakinya yang sulung itu.

“Ummi… abah… Along dah memperkenalkan kepada mereka kembar Along. Sudah tiba masanya mereka tahu. Mereka sudah besar panjang. Along tau, ummi dan abah lama tak jenguk kakak sebab tak nak kasi Along rasa bersalahkan? Along tau, ummi dan abah dah tak sebut tentang kakak sebab Along, kan?” tanyaAlong lagi.

     Ummi sudah mengalirkan airmata ketika itu, begitu juga abah.

“Ummi dah dapat bapa menantu?” double jerk diangkat Along.
     Ummi hanya tersenyum dengan lawak itu.

“Abah ngan ummi dah dapat cucu ke? Comel tak?” sambung Along.

“Ucu, siapa kata Along tak lawat Ucu? Along lawat tau, tapi Along lawat bila Ucu tidur. Yelah kalau Along pergi time Ucu sedar, mesti Ucu tak nak kasi Along pergi,kan?” kata Along lagi.
     Mereka sudah tersenyum hambar.

“ Along nak cakap…
Terima kasih kat abah, 
Sebab telah menjadikan keluarge kita paling bahagia. 
Terima kasih kat ummi, 
Sebab dah jadi ummi yang paling indah dalam hidup Along. 
Terima kasih kat Angah, 
Sebab telah menjadi adik yang paling cantik di mata Along. 

Terima kasih kat Achik, 
Sebab telah menjadi adik yang terhebat pada pandangan Along. 
Terima kasih kat Alang, 
Sebab telah menjadi adik yang tabah dan mendengar kata Along. 
Terima kasih kat Ucu, 
Sebab telah menjadi adik yang paling istimewa dalam hati Along. 

Terima kasih kat Pak Jak, 
Sebab telah menjaga keamanan rumah ini sejak dulu lagi. 
Terima kasih kat Mak Mah, 
Sebab telah menjadi teman setia Along. 
Terima kasih kat Kak Jijah 
Sebab telah menjadi tempat Along melepaskan kerinduan  kasih seorang kakak. 

Dan terima kasih semua kerana telah memberi kenangan yang manis buat Along. 
Along sayang semua!“

     Berguguran air mata setiap mata yang mendengar suara itu. Sudah habis 3 kotak tisu yang diambil oleh Mak Mah dan Kak Jijah.

“Dan pada adik-adik ipar Along, jagalah adik-adik Along sebaik mungkin sebab Along sayangkan adik-adik Along!“ sambung Along selepas mengelap air matanya dengan sapu tangan yang dihulurkan Ikhwan.

“Ermm… Along nak kata, 
Maafkan Along… abah, 
Sebab selepas ini tiada lagi ciuman Along yang menyalami tangan abah. 
Maafkan Along… ummi, 
Sebab selepas ini tiada lagi ciuman di pipi dari Along untuk ummi.

Maafkan Along… Angah, 
Sebab selepas ini tiada lagi ciuman senda gurauan daripada Along. 
Maafkan Along… Achik, 
Selepas ini tiada lagi konsert daripada Along.
Maafkan Along… Alang, 
Sebab selepas ini tiada lagi cerita tentang kisah nabi dari Along.
Maafkan Along… Ucu, 
Sebab selepas ini tiada lagi ciuman selamat pagi di pipi gebu Ucu.

Maafkan Along… Pak Jak, 
Kerana selepas ini tiada lagi borak kosong antara kita.
Maafkan Along… Mak Mah, 
Sebab selepas ini tiada lagi gurauan daripada Along.
Maafkan Along… Kak Jijah, 


Sebab selepas ini tiada lagi air milo special buat Kak Jijah. 
Maafkan Along… semua, maafkanlah,“

“Dengar la lagu gubahan Along dari Maher Zain. For The Rest of My Life,” kata Along.

“ Along nie tak padan dengan orang sakit. Dah sakit pun, nak nyanyi jugak. Along… Along… memang Along kitorang laa,” monolog Achik.

Gitar dipetik Along.

I praise Allah for sending me,me and you
You gave me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there’s a family what I want to say
For the whole of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side I love you all
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for be of my part
Now and forever life I`ll still loving you
In the deep of my heart
I feel so soft when I stay with you
And I ask Allah to bless all of us
You`re my family and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find my family I feel so strong
Everything changed was with a new pure love
And there’s a family what I wanna say.

“Sekian terima kasih. Serak-serak pun suara Along, masih sedap tau!“ kata Along.

“Ok la, Dr.Rahman nak check Along. Assalamualaikum, jaga diri semua,”

     Video itu disimpan semula. Mereka kemudian melihat gambar-gambar yang terdapat dalam album itu. Lalu mata Angah terpaku pada satu gambar, gambar seorang budak perempuan dengan seorang budak lelaki yang mencium pipi budak perempuan. Ya Allah!

“Macam mane Along boleh ada gambar ni?” monolog Angah.

     Bila dilihat di belakang gambar itu, ditulis dari Izz. Rupanya Izz, rakan sekelas Along telah menangkap gambar ini ketika dia berada di Form 1. Masih teringat Angah akan kejadian itu.
     Gambar-gambar ketika mereka keluar ketika Ucu berusia 4 tahun pun ada.

“Abang, pergi panggil papa makan,” Panggil Angah kepada anak sulungnya, Muhammad Furqan Firas yang sudah berusia 2 tahun.

     Anaknya itu ada persamaan dengan Along. Dahi anaknya yang luas itu begitu serupa dengan dahi Along. Dan anaknya itu jarang sekali lekang dari songkok yang dibeli papanya setahun yang lalu, serupa dengan Alongnya yang sering ada dengan songkok.

     Setelah itu mereka makan petang bersama-sama. 20 minit kemudian, tinggallah Angah bersama anaknya itu.

“ Ma… bang upe uku ni kat ilik,” kata anak kecil yang sudah bermandi peluh.

     Lalu diambil buku itu, lantas dibuka. Anak kecil itu telah pergi bermain bersama anak Mak Miah iaitu orang gaji yang berusia 4 tahun.

     Buku itu merupakan buku diarinya yang sudah lama tidak dipegang. Tangannya terhenti pada mukasurat terakhir, tarikh itu merupakan sehari selepas tarikh ketika dia mengetahui tentang penyakit Along.

“Semalam Angah mengadu pada Yang Esa… Angah luahkan segala yang terbuku di hati. Angah tak sanggup nak pendamkan semua ini. Angah sangat… sangat… rindukan Along. Angah selalu gaduh dengan Along, malah Alonglah akan mengalah dengan sikap ini. Angah takkan pernah dapat abang yang lebih baik daripada dia. Dialah abang yang paling Angah sayang. 

Along merupakan abang yang bertanggangjawab, walaupun kitorang adik beradik banyak karenah, dia tetap bersabar dengan kitorang. Dia bersabar walaupun kesabarannya telah melebihi had. Namun sejak peristiwa seorang lelaki cuba nak pegang tangan Angah, tiada siapa pun berani buat Along marah. 


Habis laki tu Along belasah, walaupun Along seorang yang kelihatan baik, sabar tapi kalau berkaitan dengan orang tersayang memang Along akan pastikan orang itu takkan pernah buat lagi.

Along… Along tau tak yang adik Along nie rindukan Along? Along tau tak, adik Along ni asyik teringat wajah Along? Along tau tak, adik Along ni asyik teringat senyuman Along? Along tau tak, Along telah meninggalkan banyak kenangan antara kita? 

Tapi Allah…. lebih menyayangi dirimu, Along. Biarlah Along tenang disane, Angah taknak Along tersekse. Angah sayang Along! 

Ok la, Burini (nama dairi ini). Hanya sini sajelah Angah berbicara. Selamat tinggal Burini. Ini coretan terakhir daripada Angah. Biarlah kau rehat buat selama-lamanya. Terima kasih sebab telah menjadi tempat aku bercoretan. Burini, Angah nak pergi sambung baca al-Quran untuk sedekah kat Along. Assalamualaikum, Burini sahabatku,”

     Buku itu ditutup kembali. Dilap air mata yang mengalir. Telah lama dia tidak menjenguk Burini itu. Lalu disimpan kembali di tempat buku-buku lain disimpan sebelum suaminya pulang.

Dengan izin-Nya, Ucu berjaya mengadapi saat-saat kritikal ketika waktu pembedahan itu. Kini mereka hidup bahagia bersama keluarga yang besar. Walaupun mereka kaya, tidak bererti mereka kaya dengan harta kekayaan saja, mereka masih lagi berpegang teguh pada agama Allah yang benar itu.

Kerana kasih Along, Ucu masih hidup sekarang. 
Kerana kasih Along, Ucu sekarang boleh berlari-lari. 
Kerana kasih Along, sekarang Ucu boleh hidup seperti budak-budak yang lain. 

Semuanya kerana kasih Along, terima kasih Along!

                         TAMAT

No comments:

Post a Comment