Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


  BAB 1

“Adik tunggu kat sini tau? Kakak nak pergi beli makanan, “ kata Ira kepada Mira. Ketika itu, ini adalah waktu rehat akhir mereka di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis sebelum cuti sekolah bermula. Ira dan Mira ketika ini berada dalam Darjah 1.

“Ok... tapi kakak jangan lama tau,” jawab Mira dengan lembut.

Selepas beberapa minit Ira pergi membeli makanan, Mira mundar-mandir kerana risaukan kakaknya, Ira. Tiba-tiba dia terlanggar seorang budak lelaki yang sedang berjalan ketika itu.

“Mata kau, kau taruk mana ah??!“ kata budak lelaki itu yang lebih tua 2 tahun dari Mira dengan kasar.

“Minta maaf, “ kata Mira apabila mengetahui itu salahnya.
Pompuan nie memang ar...” sambung budak lelaki itu sebelum sempat Mira berhenti meminta maaf. Budak lelaki itu terus melanggar bahu Mira dan menyebabkan Mira terjatuh. Mira mengerang kesakitan. Namun budak lelaki itu terus pergi tanpa memandang belakang.
Namun tiba-tiba kakinya terpaku apabila ada suara seakan-akan memanggilnya.

“Woii!!” kata Ira apabila lelaki itu semakin jauh dari Mira.
“Kakak, jangan,” kata Mira walaupun dia tahu kakaknya tidak akan mendengarnya.

Setelah budak lelaki itu berpaling ke belakang, dia melihat seorang budak perempuan di hadapannya yang comel sangat. Namun kerana bencinya kepada maknya, dia membenci semua wanita kecuali adiknya, Alya Farhana. Ira juga sepertinya yang terkesima dengan apa yang dilihat. Budak itu berjaya mengugatkan hatinya ketika itu. Namun dia ketepikan semua itu setelah dia sedar bahawa budak itu telah menyakiti adiknya.

Amik kau!!!” seraya satu tumbukan singgah di pipi budak itu.

Budak itu memegang pipinya yang sakit itu. Saat itu sebelah tangan budak itu dah mengenggam penumbuk untuk membalas. Namun, belum sempat dia membalas tumbukan itu, dia terdengar orang memanggil namanya.

“ Is!!! Is... jangan!!!” jerit Im atau nama penuhnya Zahim Zahari dan Airen serentak kepada Iskandar. Mereka adalah sahabat-sahabat Iskandar.

Zahim memberi isyarat kepada Iskandar supaya tidak meneruskan hajatnya itu. Lantas, Zahim dan Airen  mengajak Iskandar meninggalkan kantin selepas terdengar loceng yang menandakan waktu rehat berakhir berbunyi. Sementara itu, Ira memapah Mira untuk bangun. Dalam hatinya, dia telah menanam satu azam agar dia tidak akan membiarkan adiknya diperlakukan seperti itu lagi. Mira memberitahu kakaknya bahawa apa yang berlaku adalah salahnya bukan budak lelaki itu. Namun Ira tidak berpuas hati kerana adiknya sudah pun meminta maaf. Jika tahun hadapan dia bertemu lagi dengan budak lelaki itu, dia tidak akan lepaskan.


              ********************************************************************

 Selepas tamat persekolahan, Zahim dan Airen dipanggil oleh Iskandar. Namun, belum sempat dia berkata-kata, sahabatnya itu mencelah.

“Iskandar… tahu la kau tak suka mak kau. Tapi kau tak boleh benci semua wanita hanya disebabkan kau benci mak kau,” pujuk Zahim dan Airen yang sudah menjadi sahabatnya sejak mereka di tadika lagi. Dia tahu hati sahabatnya itu terluka. Dia tahu hati Iskandar sebenarnya lembut malah Iskandar juga manja dengan maknya. Namun, disebabkan maknya mempunyai lelaki lain dan meninggalkan dirinya, dia benci semua wanita yang ada.

Iskandar tidak mengambil peduli apa yang dikatakan oleh Zahim dan Airen. Dia membiarkan semua itu berlalu begitu sahaja kerana niatnya memanggil sahabat-sahabatnya itu adalah untuk memberitahu khabar yang sangat penting.

“Im… Airen… lusa aku akan pergi Jepun. Aku, Alya dengan daddy aku je,” kata Iskandar selepas melepaskan keluhan.

“ APA?!!!” jerit Zahim dan Airen yang nyata terkejut dengan khabar itu. Dorang tak sangka yang dorang akan berpisah dengan Iskandar yang telah dianggap sebagai abang walaupun mereka sebaya.

“Aku rasa aku tak akan kembali dekat sini dah. Aku minta maaf, sebab baru hari ini aku beritahu malah hari ini adalah hari terakhir kita berjumpa sebelum aku berangkat ke Jepun,” sambungnya sambil mengelap air mata yang hampir gugur. Dia tak nak sahabat-sahabatnya melihat dia mengalirkan air mata.

Korang lah sahabat yang paling baik ngan aku. Aku minta maaf, kalau aku pernah buat salah dekat korang. Aku tak akan lupakan korang sampai bila-bila… takkan. Dan Ri, aku nak mintak tolong kau untuk minta maaf kat budak perempuan tadi bagi pihak aku,“sambungnya.

“InsyaAllah, Is,” balas Zahim yang sememangnya dipanggil Ri oleh Iskandar dengan esakan kecil.

“Kalau boleh, kau cakap kat kakak dia, tumbukan dia memang bagus. Aku akan ingat sampai bila-bila sebab dialah budak perempuan yang pertama pernah tumbuk aku selain adik aku!” tambah Iskandar sambil tertawa kecil.

 Airen dan Zahim sudah tersenyum hambar dengan jenaka yang dibuat oleh Iskandar. Namun, hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati mereka apabila rakannya akan pergi jauh dari mereka. Mereka melihat riak wajah Iskandar, hanya ketenangan yang terpacar di wajah itu. Namun jauh di lubuk hati, hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan Iskandar ketika itu. Betapa sedihnya hati Iskandar apabila terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat yang sangat disayanginya sebagai adiknya sendiri.

Mereka melihat pelajar-pelajar lain sangat gembira apabila persekolahan sudah tamat. Namun bagi Zahim dan Airen, tidak ada ertinya kegembiraan tamat persekolahan tanpa Iskandar disisi.

Ketika hendak pulang ke rumah, Zahim dan Airen segera meminta izin dengan ibu bapa mereka untuk duduk bersama Iskandar sampai Iskandar berangkat ke Jepun. Walaupun keberatan, namun kerana persahabatan yang dah lama terjalin antara anaknya itu dengan Iskandar, mereka mengizinkan. Zahim dan Airen terus berlari untuk mengejar Iskandar.

 “Is!!! Is!!! Tunggu!!!” kata Airen di dalam hati. Namun kerana kepenatan dia rebah. Zahim yang sudah pun berada dihadapan berpatah balik untuk memapah Airen. Walaupun rumah Iskandar tidak jauh dari sekolah tetapi bagi budak Darjah 3 yang lain rumah itu jauh sekali.

“Airen… kau kena kuat… demi Is,” kata Im dengan termengah-mengah.
“A… aku… dah… tak… la... rat..,” balas Airen.
“Demi Is, Airen... cepat… Is kata bila dia balik dia akan terus pergi umah datuk dia yang dekat dengan KLIA tu. Kalau kita lambat… tak dapat lah kita jumpa dia,” kata Zahim dalam  satu nafas sahaja.

“Cepat naik belakang aku. Aku dukung kau,“ kata Zahim dengan bersemangat.
“Tapi aku berat laa...” kata Airen.
“Kau pergi lah kejar dia. Aku betul-betul dah tak larat,” sambungnya lagi.

“Aku sanggup dukung kau kejar Is daripada aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini,” kata Zahim dengan tangisan yang kecil.
“Cepatlah…” kata Im sambil membongkokkan badannya.
Bismillah hirrohma nirrohim,”ujar Zahim selepas Airen ada di belakangnya.

Di dalam hati, mereka berdoa agar Iskandar belum tiba lagi di rumah. Dengan sisa-sisa tenaga yang Zahim miliki , dia berlari ke rumah Iskandar. Dia mengucap kesyukuran kepada Ilahi kerana apabila mereka tiba di rumah Iskandar, Iskandar belum lagi berangkat ke rumah atuknya.

Daddy Iskandar telah diberitahu oleh kedua-dua ibubapa Zahim dan Airen bahawa anak  mereka akan tinggal disana dengan Iskandar sehingga Iskandar berangkat ke Jepun. Sebelum ini, anak lelakinya itu selalu bercerita tentang Zahm dan Airen melalui telefon. Begitu seronok dia bercerita tentang sahabat-sahabatnya. Walaupun Zahim dan Airen anak orang berada, namun penampilan mereka macam orang biasa saja. Tidak suka menunjuk-nunjuk.

Dia menyokong kata Iskandar bahawa Zahim memang seorang budak yang sering meminta maaf dan suka memaafkan orang. Ini terbukti apabila Zahim terpijak kaki Alya. Alya yang bagai mengerti bahawa Zahim meminta maaf kepadanya terus berhenti menangis. Dari cerita Iskandar, Airen suka makan. Namun dia tidak kisah mengabiskan duit demi melihat kegembiraan terukir di wajah Airen.

Sehari sebelum Iskandar berangkat ke Jepun, Daddynya telah membawa mereka keluar seharian. Walaupun mereka keletihan pada hari itu, mereka masih bermain dengan Iskandar hingga tertidur bersama Iskandar di bilik permainan.

*************************************************************************

 Lagi sekali air mata Airen dan Zahim jatuh. Sebelum Iskandar berangkat, dia telah bersalaman den berpelukkan bersama dua orang sahabatnya buat kali terakhir. Namun wajah Iskandar kelihatan tenang. Ibubapa Zahm dan Airen pun tersentuh dengan agenda yang berlaku dihadapan mereka. Walaupun mereka masih kecil, namun persahabatan yang telah 6 tahun terjalin akan memberi impak besar kepada Zahim dan Airen. Mereka lantas mengucapkan selamat tinggal kepada Iskandar, begitu juga Iskandar.

“Aku tak kan lupakan korang… tak akan!” itulah azam yang tersemat rapi di hati Iskandar.

Sebaik sahaja Iskandar menaiki kapal terbang, air matanya tidak dapat dibendung lagi. Dia menangis sepuas hati. Daddynya yang bagai mengerti tidak mengganggunya. Dia memandang awan putih diluar tingkap tempat duduknya itu. Terbayang wajah rakannya ketika mereka baru berkenalan. Air mata itu keluar tanpa henti sehinggalah Iskandar terlelap kerana penat menangis. Daddynya begitu terharu dengan persahabatan anaknya itu. Begitu besar pergorbanan yang perlu anaknya lakukan di usia sebegitu.


Sampainya mereka di Jepun, daddynya membawa mereka ke tempat tinggal mereka. Keesokkannya, daddynya membawa mereka bersiar-siar di sekitar Tokyo. Setelah sebulan berada di Tokyo, persekolahan pun bermula. Walaupun pada awalnya dia tidak biasa dengan kehidupan disitu tapi lama-kelamaan dia sudah biasa dengan semua itu.

***************************************************************************

Amat sukar permulaan persekolahan bagi Zahim dan Airen tanpa Iskandar disisi. Namun mereka akan berusaha bersungguh-sungguh agar bila besar nanti mereka dapat pergi ke Jepun untuk berjumpa dengan Iskandar.

Semasa Zahim Darjah 4 ini, dia mula rapat dengan Amiruddin kerana mereka sekelas. Amiruddin merupakan abang kepada dua beradik kembar yang pernah dia jumpa pada tahun lepas. Mereka sekelas sampai Darjah 6. Memandangkan pada tahun ini mereka akan menghadapi peperiksaan UPSR, mereka belajar bersama. Menjelang hari peperiksaan, mereka menjawab bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik. Selepas habis sahaja UPSR, mereka meraikan kegembiraan mereka di MidValley. Mereka keluar bersama-sama pelajar Darjah 6 yang lain.

2 bulan kemudiaan, keputusan UPSR pun keluar. Zahim, Amiruddin dan Airen sangat gembira kerana mendapat 5A. Namun dalam kegembiraan Zahim ada kesedihan kerana Airen akan berpindah ke Terengganu. Air mata Zahim begitu murah jatuh tanpa dipinta. Oleh itu, dia berharap agar Amiruddin tidak akan pergi jauh darinya. Amiruddin merasai apa yang turut dirasai oleh Im, walaupun dia hanya berkawan dengan Airen 3 tahun sahaja.

No comments:

Post a Comment