Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Tuesday 24 January 2012



BAB 2

“Lif, kau nie kerek betul! Boleh kau pergi cium Aisyah kat depan pelajar lain?” kata kawan karibnya sejak tadika, Khairul Ikhwan.

 “Tak apa la, Wan. Tak dosa, muhrim tau,“ balas Along.
“Yelah tu. Dah la, cikgu datang dah. Chaw lu, Assalamualaikum,” Balas Ikhwan sebelum beredar dari tempat duduk Along.

     Malam itu along meminta maaf dekat Angah, dan minta maaf Along berakhir dengan  satu ciuman di dahi Along.

     Along bergilir-gilir untuk menjaga Ucu. Dia akan tidurkan Ucu dengan kalimah ‘Laillahailallah’, kalimah itu telah sebati dengan diri Ucu. Along akan bangun tika Ucu menangis dan memberi Ucu susu yang sudah siap dibancuh ummi.

     Mereke ketika ini berkumpul di ruang tamu. Kini Ucu sudah hampir mencecah setahun.

 “Along… sebut Along, Ucu,” kata Along.

     Perkataan ummi dan abah sudah berjaya disebut Ucu seminggu yang lalu. Kini tiba giliran mereka pula.

“Jangan Ucu! Sebut Alang,” Balas Alang.

“Jangan! Sebut Achik… Achik,” Achik tidak mahu mengalah.

“Angah, sebut Angah,” Walaupun umurnya lebih tua dari adik-adik, Angah tidak mahu mengalah.

     Riuh-rendah ruang tamu itu.  Masing-masing tidak mahu menglah.

“Aaa…. yong,” Serentak ruang yang tadinya riuh-rendah senyap. Muka Along sudah kelihatan sedikit pucat. Mata mereka semua tertumpu pada suara itu.
“Alhamdullilah… ummi… ummi… Ucu sebut Along, Ayong. Ummi, ummi…” panggil Along.
“Ummi, nasib baik Ucu tak sebut gayong.” kata Angah sebaik saja ummi bersila di tepinya.
“Auh, Along!” telah mendarat hantukan berapi di kepala Angah.

     Along sudah tersengih kerang busuk di sebelah Alang.

“Sebut Angah, Ucu. Angah,” kata Angah tidak mahu mengalah pada Alongnya.
“Aaanah,” kata anak kecil itu.

     Kedengaran kata-kata kesyukuran.

“Sayang Ucu!” kata Angah seraya menghadiahkan satu ciuman di pipi Ucu.

     Ucu tersenyum dengan hadiah yang diberi oleh Angahnya itu. Achik dan Alang juga tidak kurangnya, sehingga Ucu menyebut Atik (Achik) dan Adang (Alang).

      Azan Mahbrib sudah kedengaran, lantas mereka semua mengambil wuduk untuk solat berjemaah berimamkan Along. Along memang sudah sering menjadi imam ketika dia berada di rumah.

No comments:

Post a Comment