Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 8

Hari ini adalah hari yang sangat bermakna bagi pasangan pengantin baru, Mira dan Zahim. Dalam majlis ini ramai kenalan kedua-dua buah keluarga hadir dan tidak ketinggalan rakan sekerja mereka yang turut hadir bagi menjayakan majlis perkahwinan ini. Walaupun mereka menggunakan khidmat catering, namun mereka tidak duduk menggoyangkan kaki saja malah turun padang sekaki membantu apa-apa yang patut. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana cuaca pada hari itu redup tapi tak hujan.

Adam juga nakal bermain bersama saudara-saudara yang sebaya dengannya.  Muka Adam yang banyak mengikut abahnya, dipuji oleh rakan sekerja ummi dan mamanya. Adam yang terlalu letih bermain, tertidur di pangkuan umminya.

Setelah solat Isyak berimamkan Zahim, mereka duduk beramai-ramai di ruang tamu.  Tidak ketinggalan penyeri rumah ketika itu, Adam.

“Adam, nanti panggil dekat uncle Im ‘ayah’ tau…” kata Iskandar kepada anak kesayangannya itu ketika mereka di dalam bilik sebelum ke ruang tamu.

“Ye, abah” jawab anak kecil itu.

Ketika Iskandar dan Adam turun ke bawah, kelihatanlah Zahim yang baru keluar dari dapur.

“Ayah!” seraya itu Adam berlari memeluk kaki Im.

Ira yang kebetulan ada di situ memandang suaminya. Iskandar sudah mengenyit mata tanda mengiyakan fikiran isterinya. Ira yang tidak larat melayan karenah suaminya itu mengeleng kepala sambil tersenyum.

Zahim yang bagai mengerti, terus mendukung Adam. Lantas pipi mongel Adam diciumnya. Adam tersenyum manis lalu membalas ciuman itu di pipi ayahnya. Mereka yang sudah ada di ruang tamu itu tersenyum melihat agenda di hadapan mereka. Mereka berkumpul beramai-ramai di ruang tamu.

Zahim dan Iskandar agak sedih kerana gagal menjemput Airen yang  tidak tahu di mana dia berada sekarang. Namun ditabahkan hati demi melihat orang disekeliling gembira.

Di mana terciptanya cinta di situlah rindu bermula. Itulah yang berlaku pada diri Zahim. Dia sudah jatuh cinta pada Mira sejak pandang pertama.

******************************************************

Pengantin baru berbulan madu di Pulau Pangkor. Mereka tidak mahu berjauhan dari keluarga katanya. Seminggu selepas mereka pulang dari berbulan madu, kesihatan Mira terjejas.

“Pembawak budak kot!” kata Amiruddin dengan bangga kerana tidak lama lagi dia akan dapat anak buah yang kedua.
“Eh, Im. Apa kata malam ni kau bawak Mira gi check. Mana tau betul kata abang ipar kita ni...” kata Is dengan cadangannya itu.
“Keadaan adik aku tu dah kritikal dah. Syik-syik g tandas, syik-syik pergi tandas. Tandas tu dah jadi hak kekal milik dia dah...” rungut Amiruddin kepada adik iparnya.
“Ok” tanda menerima cadangan abang iparnya.

Malam itu Mira dan Im pergi ke klinik untuk check kesihatan Mira. Setelah Mira dicheck oleh Dr.Ria, Mira disahkan mengandung.

Balik-balik saja, berita itu diberitahu kepada semua orang yang ada di dalam rumah itu. Gembiranya bukan kepalang. Mak Zahim banyak menjaga kesihatan menantunya itu. Ira juga banyak memberi nasihat agar adiknya itu tidak membuat kerja berat sejak kandungan adiknya berusia 8 bulan.

Adam yang semakin besar suka bermain dengan bakal adik sepupunya itu. Dia akan bercakap dengan perut Mira yang sedang memboyot itu. Mira tergelak dengan kelucuan anak buahnya itu. Dia tahu Adam pasti inginkan adik kerana dia sudah bosan tiada anak kecil sepertinya dirumah itu selain darinya walaupun usianya sudah 3 tahun, tetapi umminya tidak mengandung.

Adam juga banyak membantu Mira jika tiada siapa di sisi Mira. Ketika Mira memerlukan bantuan seperti mengambil minuman, Adam akan berlari-lari ke dapur lalu meminta air dari neneknya. Dan setiap kali ummi dan abahnya pulang kerja, Adam akan berlari-lari pergi memberitahu dia bermain dengan bayi di dalam kandungan mamanya pada hari itu.

Tarikh beranak Mira semakin dekat namun tiada tanda-tanda Mira akan bersalin. Ketika itu, hanya Mira, nenek dan Adam saja ada di rumah.

“Adam… argh… pergi panggil… nenek…” kata Mira sambil menahan kesakitannya.

 Adam yang terkejut melihat mamanya itu kesakitan terus menangis sambil berlari memanggil neneknya. Neneknya yang baru menanam benih di kebunnya itu terkejut melihat cucunya nangis.

“Nenek!!! Nenek!!! Mama... sakit…” kata anak kecil itu kepada neneknya sambil menangis-nangis.

“Ya Allah! Mira…” kata neneknya lalu berlari diikuti dengan Adam.

Rohan, pekerja dirumah itu yang sedang menjalan kerjanya itu, terus berlari setelah dia mendengar puannya memanggil-manggil namanya. Lalu Rohan membantu Puan Areena memapah Mira masuk ke dalam kereta. Adam yang baru sampai dari tingkat atas siap pegang  barangan penting yang telah disediakan awal-awal oleh Mira terus masuk ke dalam kereta itu.

Masih ada sisa-sisa tangisan Adam ketika Mira di dalam bilik pembedahan. Puan Areena memujuk Adam agar berhenti menangis selepas menyuruh Rohan menelefon Zahim. Zahim yang ketika itu berada bersama abang-abang ipar serta kakak iparnya itu terus menjawab telefon yang berbunyi tu.

“Assalamualaikum, tuan. Puan Mira nak beranak!” kata Rohan kepada tuannya itu dengan nada yang cemas.

“APA??? Kat mana???” tanya Im kepada Rohan. Setelah diberitahu dia terus mengucapkan terima kasih kepada Rohan lalu mematikan panggilan.

“What’s up?” tanya Amiruddin.
“Mira nak bersalin! Dia kat hospital KL. Aku pergi dulu!!!” kata Zahim dengan gelabah. Namun dia mendengar ipar-iparnya menyuruh dia take care.

Iskandar telah memberitahu setiusahanya bahawa dia bekerja sekerat hari hari ni. Mereka menghubungi ahli keluarga yang lain untuk memberitahu berita baik ini termasuk Ira yang ketika itu sudah berada di KLIA untuk menyelesaikan satu urusan di luar negara.

Ira yang ketika itu terus membatalkan urusannya, lalu berlari keluar dari KLIA itu. Dia terus menahan sebuah teksi menuju ke hospital. Di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa kepada Allah, agar adiknya selamat.

 Ketika mereka semua tiba, Mira masih berada di dalam bilik bedah.

“Abah!” panggil Adam tatkala ternampak abahnya. Lalu Adam mendepakan tangannya agar abahnya mengambilnya. Saat dia nampak abahnya dia menangis lagi. Iskandar memujuk anaknya itu.

Zahim pula yang ketika itu sedang berdoa terus bangun apabila nampak seorang jururawat keluar dari bilik kecemasan itu.

“Siapa suami Puan Nurul Amira?” tanya jururawat itu.
“ Saya,” jawab Im.
“Adakah kakak isteri encik ada di sini?” tanya jururawat itu tergesa-gesa.
“She’s not here. Why?” tanya Puan Areena.

“Puan Amira tidak berhenti-henti memanggil-manggil kakaknya. Keadaan ini akan menyebabkan anak dalam kandungan itu lemas sebab...” tidak sempat jururawat itu menghabiskan ayatnya, Amiruddin menyampuk.

“Sebab Mira tidak akan kuat tanpa dorongan Ira!”

“Boleh saya masuk melihat isteri saya?” tanya Zahim kepada jururawat itu.
“Silakan.” jawabnya.
“Abang!!!” Mira memanggil tatkala ternampak suaminya.
“Mira nak kakak… nak kakak...” katanya ketika suaminya ada disebelahnya. Air matanya sudah bercucuran.

Tiba-tiba tekanan darah Mira mula menurun. Hal itu menyebabkan jururawat ‘menghalau’ Zahim keluar. Saat itu, kekuatannya sudah habis. Dunianya semakin gelap, matanya semakin lama semakin menutup. Dia terdengar pergaduhan yang sedang berlalu, namun dia tidak mengendahkan itu semua. Suara itu semakin lama semakin sayup kedengaran.

“Adik!!!” jerit Ira ketika dilepaskan oleh jururawat dan dia terus berlari pergi ke adiknya sambil menangis-nangis.
“Adik!!!” jeritnya lagi apabila mesin di sebelahnya mengeluarkan bunyi bising. Namun, tiba-tiba mesin itu mengeluarkan bunyi yang agak ‘sedap’ di dengari.

“Kakak...” lemah suara Mira ketika memanggil kakaknya.
“Adik! Adik tekan dik... adikkan pernah kata yang adik akan buat apa saja untuk bayi dalam kandungan ini kan... tekan dik...” kata Ira kepada adiknya itu.

Dengan kudrat yang ada, Mira menekan kuat dengan tangan kuat mengenggam tangan kakaknya.

“Lagi dik… lagi...” Ira memberi sokongan. Dia tahu adiknya amat takut apabila menghadapi situasi macam ini.

Kedengaran suara bayi yang menangis tanda Mira sudah berjaya menyelamatkan satu nyawa. Setelah jururawat membersihkan bayi itu, Ira mendukung bayi itu pergi ke Mira. Lalu pipi bayi itu dicium oleh Mira. Ira keluar untuk memberitahu hal itu kepada ahli keluarga yang lain. Zahim mengikut jururawat untuk mengiqamatkan anaknya itu.

Mereka tengah berkumpul di bilik Mira ketika jururawat membawa bayi itu ke bilik Mira. Mereka kena menunggu giliran untuk mendukung bayi perempuan itu.

No comments:

Post a Comment