Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 10

Sudah tiga bulan pemergian arwah Ira dan Adam, tiga bulan Zahim bekerja sendirian tanpa kaum kerabat disisi, dan tiga bulan juga Amiruddin koma.

Setiap kali Zahim balik dari kerjanya, dia akan menjenguk Mira dan bayi di dalam kandungan isterinya. Ya, isterinya telah disahkan mengandung tiga bulan juga.

Malam itu, Zahim menasihatkan lagi isterinya agar isterinya sedar bahawa masa tidak dapat diundur. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Mira menyuruh suaminya meninggalkan dia seorang diri di bilik itu. Radio dibuka, namun dia tidak menghiraukan. Malah Mira pandang ke luar tingkap bilik itu untuk melihat ciptaan Allah. Ketika dia melihat langit yang membiru itu, telinganya terdengar satu suara yang amat lunak dari radio itu.

Turn to Allah,
He’s never far away,
Put your trust in Him,
Raise your hands and pray,
OOO… Ya Allah,
Guide my steps don’t let me go astray,
You’re the only one that showed me the way...

Saat itu, air matanya tidak dapat dibendung lagi. Kini dia sedar, dia sudah semakin jauh dari Allah yang dulunya dia paling rapat. Di saat itu, dia terus mengambil wuduk dan mendirikan rukun Islam yang ke-2. Malam itu, dia kembali rapat semula dengan Pencipta-Nya. Dia mencari semula ketenangan yang sudah tiga bulan hilang. Tatkala itu, Mira sedar dia amat merindui Allah, merindui ketenangan dan amat merindui keluarganya yang sudah lama dia tidak peduli.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Mira tekad, dia tidak akan berkeadaan sedemikian lagi. Dia harus bangun! Ya, harus! Kesedaran itu amat menggembirakan semua orang terutamanya Im. Akhirnya dia dapat semula isterinya yang dulu. Mereka amat bersyukur kepada Allah kerana memberi hidayah dan membuka pintu hati Mira untuk berubah.

Kau pergi tika ku merindu,
Ku merindu wajah ceriamu,
Kau pergi tinggalkan diriku,
Saat itu ku kelu terkaku.

Sayang, aku lepaskanmu,
Pergi ke kekasih hatiku,
Airmata menemani aku,
Malam biru setia disisiku.

Mengapa engkau tinggalkan
Diriku sendirian,
Tanpa memikirkan aku sayang
Engkau sayang,
Aku sayang…
Aku rindu…
Aku cinta…

Ku redha sayang 2x,
Kau tinggalkanku 2x,
Dia kan jaga seluruh hidupmu,
Aku akan merindui kamu.

Sayang…

KEREDHAANKU by NABMR

Pagi itu, ketika Mira turun untuk bersarapan, matanya terpaku pada seorang budak lelaki yang sedang makan di maje makan. Ya, itu memang dia! Adam!!! Tapi bukan ke Adam dah mati? Dia hairan.

Zahim yang ternampak isterinya terpaku memandang Adam terus menceritakan apa yang berlaku sehari selepas berita tentang pengesahan mangsa yang terkorban itu. Rupanya Adam dan Iskandar tidak menaiki kapal terbang yang sama dengan Ira kerana tiket dah habis. Identiti Adam pula ada pada Ira. Iskandar pergi mencari Ira di Jepun setelah dua hari menghantar Adam ke rumah mentuanya.

Zahim dan Mira kerja setengah hari kerana Mira ingin berjumpa dengan abangnya yang sudah lama tidak dijenguknya. Mereka singgah di rumah untuk mengambil Adam dan Hawa sebelum pergi ke HKL. Amiruddin masih lagi koma ketika Adam, Mira dan Hawa sampai.

“Mama… mama… papa,ma…” kata Adam tatkala mamanya baru keluar dari tandas.
“Kenapa dengan papa?” tanya Mira seraya pergi kepada anak buahnya yang duduk berdekatan dengan abangnya.

“Tangan papa…” belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, tangannya yang menggenggam tangan Amiruddin bergerak.

Mira yang terkejut itu terus memanggil doktor. Zahm yang baru keluar dari lif itu, terus berlari apabila dia menyedari doktor sedang berkejaran ke bilik abang iparnya. Hawa yang sedang tidur terbangun apabila bilik itu bising.

Setelah doktor memeriksa keadaan Amiruddin, doktor memberikan jawapan yang positif. Alhamdullilah lah perkataan yang pertama diucap oleh Mira dan Zahim.

Sehari kemudian, Amiruddin dah boleh bercakap seperti biasa. Amat menghayat hati apabila Amiruddin bertanya di mana papa dan mamanya. Zahim menceritakan hal sebenar kepada Amiruddin diikuti nasihat kerana Amiruddin menyalahkan dirinya atas kematian orang tuanya.

Seminggu kemudian, Amiruddin sudah boleh pulang ke rumah. Dia berehat di rumah seraya menjaga Adam dan Hawa. Dia dan Hawa akan menghantar dan mengambil Adam dari tadika. Berita tentang kematian Ira juga diberitahu kepada Amiruddin.

Dia tahu, terluka mana pun hati dia, hati adiknya, Mira lagi terluka. Dia ingin kelihatan tabah di hadapan adiknya. Dia tidak mahu adiknya terluka lagi. Cukuplah adiknya terluka buat kali ini. Kini dia ingin adiknya menjaga kandungan yang semakin membesar itu.

Dah beberapa minggu berlalu namun masih tiada lagi berita dari Iskandar tentang Ira. Adam sangat rindukan ummi dan abahnya. Pagi hari minggu itu, Iskandar menelefon untuk bertanya khabar semua ahli keluarganya. Adamlah paling lama bercakap dengan abahnya itu.
Malam tu, Adam tidur bersama papanya. Sebelum subuh, Adam bermimpi dia berjumpa dengan umminya.
“Ummi!!! Ummi!!!” jeritan itu telah mengejutkan Amiruddin yang nyenyak tidur.
“Adam!!! Adam, kenape ni?” tanya Amiruddin cemas pada Adam yang sudah menangis-nangis.
“Adam… rindu ummi…” balas Adam sambil memeluk leher Amiruddin.

Setelah masuk waktu subuh barulah Adam tertidur setelah dipujuk. Lalu Amiruddin terus menunaikan solat subuh dan mendekatkan diri kepada Allah. Kini genaplah 5 bulan Iskandar tidak pulang ke Malaysia.

***********************************************************

Sudah lama seorang perempuan dan seorang lelaki menumpang di rumah kawannya. Hari ini merupakan hari terakhir mereka duduk di negara itu sebelum balik ke negaranya sendiri.


No comments:

Post a Comment