Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 2

Semasa berada di Tingkatan 2, Zahim dan Amiruddin telah mendapat kawan baru yang kini menjadi kawan rapat mereka iaitu Shahrul Rizal. Shah merupakan anak orang berada sama seperti Zahim, Amiruddin, Airen serta Iskandar. Mereka tidak suka menunjuk-nunjuk kekayaan mereka. Bagi mereka kekayaan itu hak mutlak Allah dan keluarga mereka hanya meminjamnya sahaja. Bila-bila saja Allah akan mengambil semua itu kembali jika dikehendaki-Nya.

**************************************************************

Ira dan Mira pada ketika ini akan mengambil keputusan UPSR. Mereka berdebar-debar menunggu keputusan masing-masing, tidak ketinggalan pelajar-pelajar yang lain. Dengan izin-Nya, mereka berdua telah mengikut jejak langkah abang mereka dengan mendapat 5A. Nasib mereka sama dengan Im, apabila Umairah, rakan sepermainan mereka dari tadika akan berpindah ke utara. Saat itu betapa sedihnya hati Mira kerana dialah yang paling rapat dengan Umairah berbanding Ira. Namun semangat yang diberi oleh kakaknya itu, dia tabah menghadapi cabaran hidup.

**********************************************************************************

Hari ini, hari pertama Ira dan Mira berada di sekolah menengah dan juga merupakan hari persekolahan tanpa Umairah. Tidak sangka masa berlalu dengan begitu pantas. Pada mulanya mereka tidak selesa, namun setelah beberapa bulan, mereka selesa dengan sekolah itu kerana abang mereka yang sekarang berada di Tingkatan 3 bersekolah disitu juga. Mereka sudah boleh membiasakan diri dengan sedikit perbezaan diantara sekolah rendah dan sekolah menengah.

***********************************************************************************

“Weii!!! Aku dengar ada budak baru nak masuk kelas kita hari ni,” kata salah seorang budak perempuan di dalam kelas Tingkatan 3 Bijak iaitu kelas Zahim, Amiruddin dan Shah.

“Dengar-dengar budak tu baru balik dari Jepun. Hensem tau... muka dia... mak aiiii… putih… pandang sekali macam muke white people,” tambahnya lagi sambil tergelak.

“Cikgu datang!!! Cikgu datang!!!” jerit seorang budak perempuan apabila ternampak guru tingkatannya itu, Cikgu Lizza.

“Assalammualaikum, Cikgu,” ujar ketua kelas diikuti oleh rakan sekelas.

“Waalaikumussalam, today we have a new student from Japan. Please introduce yourself,” kata Cikgu Lizza kepada pelajar lelaki itu.
My name is Muhammad Iskandar. You can call me Iskandar. I hope you all can help me when I need your help, thanks,” kata pelajar itu memperkenalkan dirinya.

Sejak melangkah masuk kelas itu, mata Iskandar asyik memandang susuk badan seorang pelajar lelaki yang asyik melihat sesuatu di bawah laci meja. Dia kenal dengan wajah itu. Hatinya melonjak kegembiraan kerana wajah itulah yang amat dia rindui sejak beberapa tahun yang lalu.

Namun  bagi pelajar lelaki itu, dia terkejut.

“Mungkin nama dia je sama. Tak mungkin la tu Is,..” monolog Zahim di dalam hatinya. Lalu dia memandang wajah pelajar baru itu. Setelah diamati, dia membuat keputusan itu bukan Iskandar, sahabat lamanya.

“Baik aku sambung main game ni,” katanya seraya itu dia menyambung main game yang berada di dalam lacinya.

“Ok… Iskandar. You can seat beside Zahim. Zahim take off your bag,” kata Cikgu Lizza kepada Zahim.

I’m sorry, teacher. Come,Is… erm… Sorry, Iskandar, come and seat here,” katanya apabila dia tersasul memanggil Iskandar dengan nama yang dipanggil kepada sahabat karibnya.

It’s ok,” balas Iskandar.

Loceng berbunyi tanda persekolahan buat hari ini dah habis. Iskandar sudah berkenalan dengan Amiruddin, namun dia pelik ke mana perginya sahabatnya, Airen? Ketika hendak balik Iskandar memanggil Zahim.

“Ri!!!” panggil Iskandar kepada Zahim.

Dengan serta merta kakinya terhenti selepas terdengar namanya dipanggil. Panggilan itu hanya akan disebut oleh sahabat yang bersamanya ketika dia tadika sahaja.

“Kau nih kenapa, Im?” tanya Amiruddin kerana hairan perubahan mendadak Zahim, namun dia tidak mendengar pertanyaan Amiruddin itu.

Saat Zahim berpaling ke belakang, matanya terus terpandang ke pintu masuk kelas mereka. Di situ terdapat seorang pelajar lelaki yang sedang bersandar sambil kaki bersilang sambil memegang perut serta mimik muka yang menyatakan dia lapar.

Bagaikan skru di lututnya longgar, hampir saja dia ingin rebah ke belakang. Nasib baik ditahan oleh Amiruddin. Seraya itu, air matanya mengalir sambil dia berlari ke pelajar baru itu dengan memanggilnya…

“ IS!!!”

Amiruddin terkejut dengan apa yang berlaku dihadapannya. Rupanya, inilah Tengku Iskandar yang sering diceritakan oleh Zahim dan Airen ketika mereka di sekolah rendah. Betul kata Zahim bahawa Iskandar tidak suka memberitahu dia ada gelaran ‘Tengku’ di hadapan namanya.

Iskandar yang bagaikan tahu, terus dia mendepakan tangannya. Mereka berpelukkan bagaikan adik-beradik yang telah terpisah selama 10 tahun. Namun itulah kasih seorang adik yang dahagakan kasih seorang abang. Kerana Zahim anak sulung, dia telah menganggap Iskandar sebagai abangnya sendiri. Amiruddin juga tidak ketinggalan untuk menitiskan air matanya dengan persahabatan yang sudah lama terjalin itu.

Apabila Iskandar diberitahu yang Airen berpindah ke Terengganu, hatinya sebak kerana dia amat merindui Airen yang keanakkan itu. Namun rindunya hanya dipendam saja tanpa sesiapa mengetahui.

Mereka belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR. Alhamdulillah mereka mendapat 8A dalam PMR. Bagi Iskandar dan Zahim, mereka teringat kembali saat mereka mengambil keputusan UPSR. Perasaan itu muncul kerana mereka amat merindui Airen. Kerana Airenlah orang pertama yang akan meloncat kegembiraan jika mereka berjaya. Mereka menanam azam agar mereka akan mencari kembali sahabatnya itu untuk bersatu semula. 

*****************************************************************************************
Semasa Form 2, Ira dan Mira perlu berusaha lebih dalam pelajaran kerana tahun depan mereka akan menghadapi peperiksaan besar, PMR. Ira dan Mira belajar bersungguh. Samalah abangnya, Amiruddin serta kawan-kawan Amiruddin iaitu Is dan Im kerana mereka bakal mengambil SPM pada tahun yang sama dengan mereka.

*******************************************************************************************

Setahun berlalu…

Ira, Mira, Amiruddin, Iskandar dan Zahim berjaya dengan cemerlang dan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam PMR dan SPM. Kejayaan mereka adalah disebabkan ibubapa mereka semua menanam harapan yang besar buat anak-anak mereka dan dengan berkat doa ibubapa semua serta izin-Nya.

Tanpa disedari Zahim sudah jatuh cinta dengan adik Amiruddin, Mira. Nurul Amira.

‘Sedap namanya,’ monolog Im dalam hati.

Tanpa diduga, dalam benci ada cinta. Mira mula menyukai Zahim. Oleh kerana dia agak pemalu, dia meminta bantuan kakaknya, Ira untuk bertanyakan kenapa Zahim selalu menganggunya hidupnya.

No comments:

Post a Comment