Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 7

“Comel nye dia… wangi wangi...” kata Mira sambil mendukung anak buahnya yang baru lahir baru beberapa jam yang lalu. Ira juga kelihatan gembira dengan apa yang telah diusahakan. Dengan izin-Nya, anak sulungnya telah selamat dilahirkan pada jam 7.17 malam.

“Mira nih dukung lama dah. Abang nak dukung pulak! Dah berkurun lama abang tunggu...” kata Amiruddin seakan-akan memarahi adiknya itu namun suaranya perlahan saja.

“Abang??? Abang nak dukung??? Reti ke?” kata Mira dengan kehairanan.
“Ooo… mestilah. Dah… bak sini... ala la... comelnye dia. Macam papa diakan...” kata Amiruddin kepada bayi lelaki yang didukungnya itu.

“Allah!!! Papa dia comel??? Bukannya dia nampak comel sebab abah dia ke? “ ujar Iskandar yang baru menutup pintu bilik sambil menuju ke katil Ira.

Saat itu dah bergema ketawa orang yang berada di dalam bilik itu.

“Tapi mestilah ada yang ikut ayah dia, kan?” balas Amiruddin yang tidak mahu mengalah.

“Ha... ye laa… ha ada-ada...” jawab Is yang sudah malas melayan karenah abang iparnya itu.

Amiruddin sudah tersenyum lebar hingga menampakkan  sebaris giginya yang putih. Tengku Adam Syukri Bin Tengku Muhammad Iskandar, itulah nama yang telah diberi kepada bayi kecil itu. Ira yang teringin meletakkan nama anaknya itu Adam, Iskandar juga ingin meletakkan nama puteranya itu Syukri. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk memberi kedua-dua nama itu.

*************************************************************

Sekarang Ira sudah kembali bekerja, anaknya itu duduk bersama nenek-nenek dan datuk-datuknya.

Kini, Adam sudah mencecah umur 1 tahun. Anaknya sekarang semakin aktif bermain bersama datuk-datuk dan nenek-neneknya. Malah sekarang, Adam sudah petah bercakap.

Bunyi kereta berderum baru memasuki perkarangan rumah. Itu tandanya orang yang bekerja sudah pulang ke rumah. Encik Haris sudah berhenti bekerja di syarikat MRH Holdings Sdn. Bhd sejak memiliki cucu tunggal itu.

“Adok… enek… ummi abah dah alik… ye ye ummi dah alik... ye ye!!!” kata anak kecil itu sambil meloncat-loncat ketika menunggu datuknya itu membuka pintu besar di depannya itu.

Selepas pintu besar itu dibuka, kedengaranlah salam diberi. Setelah mereka menjawab salam, Adam sudah berada di dalam dukungan umminya.

“Eh... Adam... ummi kan baru balik keje. Ummi letih laa... meh dekat atok, sayang...” kata Tok Li a.k.a Tengku Muhd Ramli memujuk cucunya itu.

“Tak apa laa, daddy. Lagipun Ira dah rindu sangat kat si Adam ni...” sambil mencium ke pipi anaknya itu. Anaknya itu gembira dengan ciuman yang diberi oleh umminya itu.

“Kalau cam tu… tak apa laa. Is jom kita masuk, mama dengan mummy dah masak makanan tu...” kata Tok Li kepada anak sulungnya itu.

Seraya itu, Iskandar masuk ke dalam rumah bersama daddynya. Tinggallah Ira dan anaknya itu diluar untuk menghirup udara segar. 5 minit kemudian, Ira dan Adam masuk ke dalam rumah untuk makan petang. Adam kelihatan berselera dengan makanan yang dimasak oleh nenek-neneknya itu.

“Sedap tak, Adam?” tanya abahnya.
“Edap!” ringkas jawapan yang diberi sambil mengulum senyuman yang manis buat abahnya itu.

“Makan tu pelan-pelan tau. Nanti tercekik karang, susah Dam...” nasihat papa Adam a.k.a pak cik Amiruddin kepada anak buahnya itu.

Anak kecil itu mengangguk kepalanya tanda faham. Selepas makan petang, Adam dimandikan oleh abahnya. Malam itu, Adam bermain bersama ummi dan abahnya sampai lewat malam kerana esok hari minggu. Kalau ummi dan abahnya kerja, dia akan bermain dengan atuk-atuknya sampai pukul 11 malam saja. Mereka bermain bersama abah dan umminya di dalam bilik tidur.

“Adam yang ummi. Ummi yang Adam tak?” tanya Adam kepada umminya.
“Mestilah ummi sayang anak ummi yang sorang ni…” jawab Ira seraya mencium ubun-ubun anaknya itu. Adam yang mengantuk itu terus tertidur di pangkuan umminya ketika bermain.

****************************************************************

Tidak sangka masa berjalan begitu cepat. Esok hari pernikahan dan persandingan buat Zahim dan Mira. Ketika ini Adam sudah berusia 2 tahun, umur ummi dan mamanya sudah mencecah 25 tahun. Mereka kini sudah berjaya dalam hidup.

Cinta itu tidak pernah meminta tapi memberi sepenuh rela. Itulah yang selalu diberitahu oleh Encik Haris kepada anak-anaknya, Amiruddin, Ira dan Mira. Malam itu, Encik Haris menyanyikan sebuah lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz ( album kedua ) yang bertajuk Puteriku Sayang untuk anak-anak puterinya itu.

Aduhai puteriku sayang,
Aduhai puteriku sayang,
Puteriku sayang.
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
Lembutmu kan hiasan,
Bukan jua kebanggaan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.

Air mata Encik Haris sudah dilap oleh Mira. Encik Haris menyambung nasyid yang tergantung itu.


Disebalik bersih wajahmu,
Disebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi,
Berpegang pada janji mengabdikan diri.
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana,
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya,
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri.

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama,
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya,
Wahai puteriku sayang,
Kau bunga terpelihara,
Mahligai syurga itulah tempatnya.

Aduhai puteriku sayang,
Kau bunga kebanggaan,
Aduhai puteriku sayang,
Kau bunga idaman.


Lantas, pipi Encik Haris dicium tanda terima kasih menyanyikan untuknya. Malam itu juga Mira tidur bersama Adam dan Ira, kakaknya yang banyak memberi dorongan, sokongan
dan nasihat.  

No comments:

Post a Comment