Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012

  
BAB 5

Hari pertama Ira dan Mira berada di kolej amat meletihkan kerana itu adalah hari pertama kuliah bermula. Keletihan mereka berkurang setelah Amiruddin dan kawan-kawannya membantu mereka. Selepas itu mereka berehat di café kolej sambil berborak-borak. Mereka tidak menyangka Amiruddin akan melanjutkan pelajaran di Jepun. Bagi Ira selaku adik kesayangan abangnya itu, ketiadaan Amiruddin amat dirasainya. Namun dia harus tabah demi adiknya, Mira. Dia masih ingat lagi pesanan abangnya supaya menjaga Mira sepanjang ketiadaan Amiruddin. Pesanan itu telah tersemat di dalam hatinya ketika dia masih kecil lagi.

**************************************************************************************

Ira dan Mira kini sudah berada di part 2 year 1 di kolej terkemuka di Kuala Lumpur. Mereka berulang-alik dari rumah ke kolej kerana mereka ingin memberi kemudahan tempat tinggal kepada mereka yang kurang bernasib baik. Itulah alasan yang mereka berikan kepada orang tua mereka apabila ditanya kenapa mereka sanggup berulang-alik dari rumah ke kolej.

************************************************************************************

“Kak… Mira tertinggal barang laa kat dalam kereta. Akak tunggu jap ek…” kata Mira kepada kakaknya yang kelihatan anggun di hadapannya itu.

“Tapi adik jangan lama tau!” jawab Ira.

Setelah 5 minit menunggu, Ira merasakan ada seseorang yang telah menutup matanya dari belakangnya.

“Aik, cepatnya amik barang,” kata Ira kepada orang itu.

Namun tiba-tiba dia merasakan dunia bagaikan berpusing-pusing dan dia terus pengsan. Ketika dia sedar, dia mendapati tempat itu begitu asing buatnya. Namun dia gagal bangun apabila kepalanya mula rasa sakit. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang sedang bercakap di luar.

Selepas beberapa minit, pintu dibuka dari luar oleh seseorang. Ira menajamkan pandangannya ke arah orang itu. Setelah diamati wajah itu, Ira terkejut kerana orang itu ialah Amir. Dia pasti yang tu Amir kerana dia amat kenal dengan parut di dahi Amir itu. Parut itu tentu kesan dari hentakkan helmet yang telah abangnya pukul beberapa tahun lalu.

“HAHAHA!!!” gelak Amir dengan kuatnya.
“Ko nak apa ah!!! “ kata Ira dengan kasar.
“Aik, sejak bila kau pandai berkasar ni? Tak silap aku, si Ira, kakak kau tu yang kasar… “ kata Amir dengan kehairanan.

Terkejut Ira dengan kata-kata Amir itu. Rupa-rupanya Amir hendak membuat sesuatu terhadap adiknya itu. Saat itu dia teringat akan pesanan yang sering dikatakan oleh abangnya…

‘ Abang tak akan ada di sisi adik-adik abang setiap masa. Adik-adik abang merupakan insan yang abang sayang. Jadi, abang minta Ira tolong jaga diri Ira dan adik masa abang tak ada di sisi, boleh? Abang minta tolong tu saja. Boleh tolong abang buat yang itu?’

 Ira merancang agar dia berlakon menjadi adiknya buat sementara bagi melindungi adik kesayangannya.

“ Ma…maaf,” kata Ira dengan lakonannya itu sambil tersenyum.


“Kau ni memang tak pernah berubah!!! Dulu kau menunjuk yang kau ada mak bapa bila aku kehilangan mak ayah aku. Kau sengaja senyum kat aku. Aku tau kau sengaja nak perli akukan??? Dan sebab kau  aku dapat parut ni!!!“ kata Amir dengan kasar sekali sehingga mengejutkan Ira.

“ Jawab ar... pasal kau diam lak!!!” sambungnya lagi.

Oleh kerana Ira tidak menjawab pertanyaan itu, satu tumbukan ‘dihadiahkan’ ke pipi Ira. Ira tidak menjerit kesakitan kerana dia khuatir Amir akan tahu lakonannya itu. Walau apa pun yang berlaku dia tidak akan memberitahu bahawa dia bukan orang yang dicari oleh Amir. Amir yang tidak berpuas hati telah ‘dihadiahkan’ pula satu tamparan di pipi Ira.

Bibirnya pecah sedikit akibat dari tamparan itu. Dia rela kesakitan itu ditanggungnya daripada kesakitan itu ditanggung adiknya. Namun di saat kepalanya berpinar-pinar, dia terdengar suara yang amat dia kenali walaupun dia pernah dengar suara itu hanya sekali sahaja.

“AMIR!!!“ sergah seseorang ketika dia ternampak Amir ingin menampar Ira sekali lagi.

Ketika kejadian Ira diculik itu, Mira baru sahaja sampai. Namun ketika nampak Amir menculik kakaknya, dia terus lari meminta bantuan. Kebetulan Zahim dan sahabatnya yang telah kembali dari Jepun, Iskandar ada berdekatan disitu. Pada mulanya mereka mengekori Amir, namun kerana kecuaian mereka terlepas dari mengekori Amir. Alhamdullilah, akhirnya sampai juga mereka di tempat persembunyian Amir itu melalui jejak-jejak yang ditinggalkan.

“Kalau kau cederakan Ira sekali lagi, aku tidak kan lepaskan kau!!!“ kata Iskandar dengan kasar. Dia tidak dapat menahan dirinya apabila melihat keadaan Ira ketika itu. Ira kelihatan begitu menderita. Tiba-tiba Amir mengangkat kerusi yang kebetulan ada di sebelahnya untuk menghentak kepala Ira.

Bagai sepantas kilat, Iskandar melindungi Ira dengan memeluk Ira. Kerusi itu patah terbelah apabila terkena tubuh Iskandar. Amir terkejut dengan tindakan Iskandar yang dramastik itu. Apabila dia melihat darah di kepala Iskandar mulai jatuh ke tanah dia ingin melarikan diri, namun kolar bajunya telah dicapai oleh Iskandar.

Setelah Is menumbuk Amir di perut, Amir menanyakan sesuatu kepada Iskandar.

“Kenapa... kau sanggup… buat macam… tu?” tanya Amir sambil menahan kesakitan diperutnya.

“Sebab …” satu tumbukan telah hinggap di pipi kiri Amir.
“Aku... cintakan dia!” satu lagi tumbukan hinggap di pipi kiri Amir.

Tumbukan itu telah menjatuhkan Amir ke tanah. Iskandar tidak perasan ada dua orang terdengar pengakuannya itu.

Pihak polis tiba setelah beberapa saat Iskandar menumbangkan Amir setelah dihubungi oleh Zahim yang sedang menenangkan Mira yang ketakutan. Setelah Iskandar menumbangkan Amir, dia terus pergi ke arah Ira. Saat itu jantungnya berdegup kencang apabila dia ternampak mata Ira tertutup rapat. Dia yang agak keletihan setelah bergaduh dengan Amir berusaha mengangkat Ira. Bagaikan bateri yang baru dicas setelah tenaganya kehabisan, Iskandar mendukung Ira yang kelesuan itu ke kereta untuk menghantar Ira ke hospital. Saat dia memangku kepala Ira di hospital, kepalanya tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat. Dia merasakan dunianya semakin gelap.

*****************************************************************************************

Iskandar telah menerima 2 jahitan di kepala akibat hentakan kerusi itu. Seminggu sebelum Iskandar sedar dari komanya, Ira sedarkan diri dulu. Ketika dia bangun dia merasakan tempat itu pernah dilihatnya. Dan perkara yang terakhir dia ingat ialah ketika Iskandar menyelamatkan dia dari hentakan kerusi.

Laporan telah dibuat oleh Zahim dan Amir sudah ditangkap oleh pihak polis. Kejadian itu diceritakan semula oleh Zahim dan Mira.

Ira pula yang merasa bersalah telah pergi ke bilik di mana Iskandar telah ditempatkan. Iralah yang menjaga Iskandar walaupun ketika itu keadaannya tidak berapa stabil. Dia sentiasa berada di sisi Iskandar selama Iskandar tidak sedarkan diri. Mira akan berulang-alik dengan kekasihnya, Zahim untuk membawa pakaian Ira. Mama dan papanya telah diberitahu agar tidak risau tentang keadaan Ira itu. Tanpa disangka buih-buih cinta mula wujud dihati Ira buat Iskandar.

Ira teringat kembali saat dia baru masuk ke bilik Iskandar pada kali pertama. Dia hampir terjatuh namun dia sempat menahan diri di pintu. Mana tidaknya, keadaan orang yang telah menyelamatkannya lebih teruk daripadanya. Begitu banyak tali melilit di badan Is. Dia sudah terhutang nyawa dengan Iskandar. Dia duduk di sebelah Iskandar. Tangan Iskandar dipegangnya dilapik dengan kain basah sambil memohon kepada Allah agar Iskandar cepat sembuh. Ira juga melihat di tangan Iskandar begitu banyak luka-luka akibat daripada pergaduhan hari itu.

Ira sudah boleh pulang, namun dia masih menemani Iskandar di hospital. Kawan-kawan Iskandar juga ada yang melawatnya di hospital namun Iskandar masih belum sedarkan diri. Alya juga datang melawatnya. Alya amat mengenali Ira dari cerita yang sering diceritakan oleh abangnya itu. Dia tahu abangnya amat menyintai Ira.

Sebelum Iskandar sedar, dia bermimpi. Ketika itu hanya dia dan Ira sahaja di dalam bilik itu. Dia memanggil-manggil nama Ira. Lalu dia tidur kembali. Dia sedar di tengah malam saat dia membuka mata, dia mendapati ada seseorang di sebelahnya sedang tidur. Akibat dia tidak dapat menanggung kesakitannya itu, dia tidur kembali.

Dia sedar apabila pancaran matahari menerangi biliknya. Dia nampak seseorang. Setelah dia mengenalpasti dia memanggil orang itu.

“Ira…” suaranya yang agak serak itu sampai juga ke telingga Ira.

 Ira berpaling ketika Iskandar memanggil namanya. Di saat itu dia amat gembira kerana sudah lama dia menunggu kesedaran lalaki itu.

“Is…” katanya sambil tersenyum manis ke arah Iskandar. Setelah dia duduk di atas kerusi di sebelah Iskandar, Iskandar membalas senyuman Ira itu.

“Dah berapa hari Is tak sedarkan diri?“ tanya Iskandar kepada Ira.
“Dah seminggu,” jawab Ira.

“Ooo… Ira ok ke? Sakit lagi tak luka tu?“ tanya Iskandar sambil menunjukkan luka di tangan Ira akibat terkena serpihan kayu selepas teringat tentang kejadian itu.

“Erm… dah ok dah,” jawab Ira. Kerana hanya mereka berdua di situ, dia agak kekok.
“Bagus la kalau macam tu,” kelegaan tergambar di riak wajah Iskandar.
“Erkk… Is…” dengan kekoknya Ira bercakap.
“Yer…” walaupun dia agak pening, namun dia tidak mahu menghampakan gadis dihadapannya itu.

“Ira… nak ucapkan terima kasih sebab dah selamatkan Ira. Ira terhutang nyawa kat Is. Terima kasih banyak-banyak. Sebab nak selamatkan Ira lah, Is sampai sakit macam ni. Ira minta maaf...“ kata Ira dengan nada yang sedih tatkala melihat keadaan Iskandar itu.

No prob...” jawab Iskandar namun hatinya menjawab sama-sama kasih. “Hal kecik je pun… lagi pun Is dah janji dengan Ami yang Is akan jaga Ira dan Mira. Ira tak payah laa nak mintak maaf… k…“ sambungnya lagi.

Ira yang mendengar kata-kata itu tidak dapat menahan air matanya daripada gugur. Iskandar pula tanpa melengah-lengahkan waktu terus lap air mata yang jatuh ke pipi Ira.

“Alaa… bucuk-bucuk… Ira jangan la nangis. Tak comel la kalau Ira nangis. Is tak suka la bila Ira nangis. Dah laa tu eh, sayang…” pujuk Is. Namun perkataan sayang itu hanya perlahan disebut Is tapi masih didengari Ira. Ira begitu amat terkejut dengan pengakuan itu. Tetapi dia gembira kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Beberapa hari telah berlalu, saat ini Ira ingin meninggalkan Iskandar untuk membeli makanan untuk makan malam. Saat Ira ingin melepaskan pegangan tangan Iskandar, Iskandar seolah-olah tidak mahu dia pergi dari situ. Namun Ira pergi juga meninggalkan Iskandar seorang diri. Ketika dia sudah balik dari membeli makanan, Ira terus pergi ke bilik Is. Namun ketika itu, doktor-doktor berkejaran pergi ke bilik Iskandar. Saat itu, dia sudah dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Iskandar.

Ketika dia masuk ke bilik Iskandar, doktor sedang bertukus-lumus menyelamatkan Iskandar yang tiba-tiba kritikal.

“Doktor, dengupan jantung pesakit semakin menurun!!!“ kata seorang jururawat itu dengan cemas.
“Sediakan mesin pengecas jantung!!!” arah doktor itu.
“Dah sedia, doktor” kata salah seorang pelatih.
“1..2..3...” doktor membuatnya beberapa kali. Namun tiada tindak balas dari Is.

Titttttttttttttt…………

Saat itu, Ira sudah menangis-nangis disisi Iskandar.

“ Is… Is jangan pergi!! Ira… sayang Is… Ira cinta Is… Is….!!!!!”

 Ira menangis sekuat-kuat hatinya. Saat dia mula mencintai Iskandar, Iskandar meninggalkannya seorang diri. Saat itu, dia menyesal kerana telah mengikut kata nafsunya untuk meninggalkan Iskandar. Namun tiba tiba…

Titt… titt…

“Doktor!!!” seraya itu doktor dan Ira memandang ke mesin itu. Setelah doktor memeriksa mata Iskandar, doktor mengesahkan Iskandar selamat. Ira sudah berjanji dia tidak akan meninggalkan Iskandar begitu lagi. Tidak akan!!!

Sehari kemudian, Iskandar sudah sedar. Berita gembira itu dikhabarkan kepada semua kawan-kawan Iskandar dan Alya. Alya amat gembira dengan kesedaran abangnya yang sudah selamat dari kritikal. Petang itu bilik Iskandar di hospital penuh dengan kawan-kawan serta ahli keluarga yang melawatnya.

***************************************************************************************

Iskandar telah melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun hatinya berat untuk meninggalkan Ira. Amiruddin pula telah pulang ke Malaysia setelah adik-adiknya tamat belajar. Ketika itu adik-adiknya berumur 21 tahun dan dia pula 23 tahun.

Pada suatu hari, Iskandar mengimbau kembali saat dia berada dalam keadaan kritikal. Ketika itu dia berada berhampiran dengan seorang budak lelaki yang berusia lebih kurang 4 tahun. Keadaan ketika itu sedikit kucar kacir. Is merasakan dia kenal dengan budak lelaki itu, apabila ingin difikir, kepalanya terasa sakit. Oleh itu dibatalkan saja niatnya itu.

 “Iskandar meh sini sayang,” kata seorang wanita kepada budak lelaki itu. Saat itu, Iskandar memalingkan muka ke suara itu.

“Ich tak nak. Ich nak engok tomen acah akcakce tu. Hah acah ier tomen,” kata budak itu kepada maknya.

Saat itu Iskandar sudah mengalirkan air mata. Ketika dia ingin pergi ke mummynya, mummynya sudah kena langgar oleh sebuah kereta yang kebetulan lalu disitu.

Mom!!!” Is dan Iskandar seraya pergi ke Puan Aminah itu.

Saat itu, apabila Iskandar ingin memeluk Puan Aminah itu ia tembus. Iskandar yang sekarang itu hanyalah roh. Lalu keluarlah roh Puan Aminah dari jasadnya, lalu Iskandar terus memeluk roh Puan Aminah. Budak kecik itu menangis, menangis dan terus menangis.

Iskandar amat merindui mummynya kerana sudah 5 tahun mummynya kembali ke rahmatullah. Tidak sangka masa berjalan begitu pantas. Sekarang mummynya sudah pergi dan tinggallah Iskandar seorang diri. Orang ramai yang tadi dilihat ghaib begitu saja, begitu juga budak kecik itu.

“Is nak ikut mummy, boleh tak?” tanya Iskandar kepada Puan Aminah.
Tok leh saye. Kat dunio ni rama hok saye Is…” tenang jawapan yang diberi Puan Aminah kepada Iskandar.

“Kat sini tak ada sapa sayang Is… Ira pun tak sayang Is...” nadanya seperti merajuk.

Teringatnya ketika baru keluar dari tandas di biliknya.

“Ira suka Is tak?” tanya Amiruddin kepada adiknya, Ira.
“Erkk… Ira tak suka Is…” jawab Ira.

Tatkala Iskandar mendengar jawapan itu terus dia ke katil. Ada air mata yang jatuh ke lantai.

“... tapi Ira sayang Is… cinta Is..., abang” sambung Ira. Malangnya, Iskandar tidak mendengar sambungan ayat Ira itu.

Sapo royak ore tok saye Is? Sapo budok hok mu sebut tu?” tanya mummynya.

Seraya itu dia terpandang di belakangnya bagai ada skrin yang terpampang muka Ira yang sedang menangis-nangis mengatakan Ira sayangkan dirinya. Iskandar kelu… Puan Aminah terus beredar tanpa pedulikan panggilan anak lelakinya itu.

No comments:

Post a Comment