Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Wednesday 25 January 2012


BAB 3

     Tahun ini Along tidak digalakkan untuk menjaga Ucu, kerana Along akan menduduki SPM. Ummi tidak mahu prestasi Along terganggu disebabkan Ucu. Namun hanya hari minggu saja, Ucu akan tidur dengan Along.

     Sejak kebelakangan ini, kepala Along sering sakit-sakit. Namun dia merahsiakan dari pengetahuan semua. Jawapan yang diberikan kepada ummi setiap kali ummi menanyakan hal ini ialah ‘ Mungkin exam nak dekat kot.’

     Kini kepala otaknya sudah bebas apabila SPM telah tamat 1 jam yang lalu. Tugasnya kini sudah kembali. Ummi diminta berehat oleh Along. Angah dan Achik sudah merdeka apabila UPSR dan PMR telah habis.

     Alhamdullilah, berkat doa semua mereka bertiga beradik mendapat keputusan yang cemerlang. Perkara yang mereka tak lupakan ialah mereka pasti melakukan sujud syukur.

     Majlis kesyukuran dibuat pada hujung bulan 12. Ketika itu, Along duduk sendirian di atas buaian depan kolam ikan. Tiba-tiba ‘kawan’ sekelas Angah datang.

“Alif, tahniah ya,” dengan nada yang agak manja Syakila berkata.
“Assalamualaikum. Terima kasih,” balas Along. Dalam hati Syakila sudah panas dengan jawapan itu. “Bangang kau, Alif,” balas Syakila dalam hati.

     Tiba-tiba Syakila mendapat idea untuk mengenakan jejaka yang alim dihadapannya.
“Auhh!” tiba-tiba bahu Syakila terlanggar seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ.

     Along ketika itu sudah mengubah posisi kedudukannya sebelum perempuan itu jatuh di atas ribanya. Lelaki itu meminta maaf kepada Syakila, namun Syakila tidak mengiraukannya. Syakira semakin panas apabila rancangannya diketahui Along.  Dia lupa bahawa dia pernah terdengar, Along ini kadang-kadang boleh membaca fikiran orang.

     Agenda itu dilihat Angah yang kebetulan ingin mengambil kasut Alang.

“Oii, gedik! Ada hati nak pikat Along aku. Tak hingin aku ada kakak ipar macam kau!“ kata Angah dengan ketidakpuasannya itu.

     Ya, dia akui. Alongnya memang jejaka yang menjadi idaman setiap gadis, Along mempunyai ciri-ciri yang dapat mencairkan hati gadis. Along bukan saja tampan, rajin malah dia juga merupakan orang yang ambil berat tentang agama. Dalam erti kata lain seorang yang alim.

     Dengan penampilan Along pada petang itu, memang pasti terpaut hati sesiapa yang memandangnya. Along masih lagi songkok hitamnya walaupun dalam keadaan itu, songkoknya boleh terjatuh.

“Along… Along…” panggil seorang budak perempuan yang berdress pink serta berkasut yang berlari ke arah Along.

“Ucu nie… jangan lari… jatuh karang,” nasihat Along selepas meletakkan Ucu di atas ribanya.
“Along tu yang uduk auh cangat,” balas Ucu sambil menghadiahkan senyuman pada Along.

     Syakila di tepi sudah tidak dilayan. Mukanya kelihatan merah menahan amarah.

“Maafkan saya, saya minta diri dulu. Assalamualaikum,” kata Along selepas Ucu meminta membawanya keluar berjalan-jalan.

     Salam itu dijawab dengan suara yang agak perlahan namun masuk boleh didengari.


No comments:

Post a Comment