Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 6

Amiruddin, Ira dan Mira telah mewarisi perniagaan papa mereka. Ira dan Mira masih lagi belajar selok-belok perniagaan tetapi Amiruddin telah bekerja di syarikat papanya itu. Malah Amiruddin telah memegang jawatan sebagai Naib Pengarah di syarikat itu.

Setahun kemudian, Ira dan Mira sudah mempunyai pangkat di dalam syarikat itu. Merekalah yang menguruskan syarikat ketika abang serta papanya ke luar negara. Ira dan Mira berusaha bersama-sama bagaikan isi dengan kuku yang tidak berpisah.

Pada pertengahan tahun itu, Iskandar terus balik ke Malaysia setelah dia habis belajar. Mereka semua berkumpul di rumah Amiruddin. Dan pada saat itu bagaikan mendapat kekuatan dari kawan-kawannya, Iskandar telah melamar Ira disitu. Ira terkejut dengan lamaran itu dan mukanya sudah merona kemerahan menahan malu. Dia nampak sinar cinta yang amat dalam dari mata Iskandar lalu menerima lamaran itu. Di saat itu juga, mama serta papanya bersetuju untuk mengahwinkan mereka selepas 3 bulan dari hari itu.  Ketika itu, hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati Iskandar dengan keputusan itu.

************************************************************************

Persiapan perkahwinan berjaya dibuat dalam masa yang singkat. Walaupun Ira agak kasar, namun hatinya tidak sekasar luarannya. Itulah simpulan yang dapat dibuat oleh bakal suaminya. Ira tidak tahu bahawa Iskandar sudah menyukainya sejak di bangku sekolah lagi.

Malam itu malam terakhir Ira dan Mira tidur sebilik sebelum kakak kesayangannya itu digelar isteri. Masa berjalan begitu pantas, tidak sangka kakaknya akan berkahwin seusia muda ini. Namun Mira tumpang gembira melihat kegembiraan kakaknya.

"Kak... kak ingat lagi tak masa umur kita 3 tahun???" tanya Mira kepada Ira yang sedang menyikat rambutnya di hadapannya.

"Hah… kak ingat. Masa tu kita ajak abang Rul main kan... tapi time tu dia tengah baca buku," kata Ira, dia menyambung
"Pastu adik kata.. suruh abang baca buku tu kat kita berdua kan???"

"Ha’ah... tak sangka pulak kita ni banyak bercakap walaupun baru umur 3 tahun," kata Mira.

"Ermm… akak ingat tak kat Umairah?" sambung Mira.
"Umairah... Umairah... ermm... ooooo… kawan karib kita time tadika dulu kan???" tanya Ira.

"Ye ... Umairah tu je yang kita kenal... dah lama tak dengar citer pasal dia kan... dia sihat ke? Dah de bf ke? Tah-tah akak… dia dah kawin kot!!! Kalau laa dia dah kawin... sampai hati dia tak ajak kita pergi perkahwinan dia kan..." Air mata bergenang di mata Mira.

"Alaa... adik ni… kalau sebut pasal Umairah je nak sedih-sedih... jangan lah sedih... mana tau dia tak kawin lagi ke... Adik nie... tak baik bersangka buruk tau... Dah laa... lap air mata tu... senyum cikit... hah... camtu laa adik akak..." kata Ira selepas melihat senyuman yang terukir di bibir adiknya.

Malam itu diungkit sedikit sebanyak kisah tentang mereka ketika kecil. Namun satu kejadian yang tidak akan dilupakan mereka berdua ialah pergaduhan yang besar berlaku ketika mereka berumur 16 tahun.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ira  tidak mengetahui bahawa lelaki yang dinikahinya itu adalah budak lelaki yang telah membuatnya jatuh cinta buat kali pertama.
Majlis persandingan ini berlangsung dengan izin-Nya. Begitu ramai kenalan yang datang malah orang-orang terhormat juga turut serta dan tidak ketinggalan kawan-kawan mereka ketika di bangku sekolah. Setelah bertungkus-lumus, akhirnya majlis itu selesai juga.

“Abang… nampaknya kita kena share akak kat sorang lagi laa...” kata Mira ketika mereka semua berkumpul beramai-ramai bersama pengantin lelaki dan perempuan pada malam itu.

“Ye laa,dik...” kata Amiruddin mengiyakan kata-kata adiknya itu.
“Eh, mana Is? Kalau dia mempersia-siakan kasih sayang Ira… siaplah dia!!!“ kata Amiruddin berdasarkan ugutan.

“Ish, abang ni... buat malu Ira je kalau Is terdengar...” kata Ira seolah-olah berhati-hati.
“Eh… abang protect dia... dia cakap buat malu pulak...” jawab Amiruddin.
“Ermm… kalau akak merajuk dengan abang, tak payah lah abang nak pujuk dah. Akak kan ada ‘abang’ baru kat sebelah tu,” kata Mira sambil menunjukkan Iskandar yang baru berada di sebelahnya.

‘Aik, sejak bila plak mamat nie ade kat sebelah aku ni??!! Ya Allah, mamat pulak aku gi panggil kat suami aku! Ampunkan Ira, abangku sayang,’ monolog Ira di dalam hatinya.

Iskandar sudah tersenyum ketika melihat muka Ira yang merah itu. Dia tahu Ira sangat malu. Malam itu gelak tawa di rumah itu sungguh murah.

Keesokannya, mereka bersarapan bersama-sama.  Mereka juga sudah mengenal hati budi masing-masing. Mereka akan pergi berbulan madu selama 3 minggu di luar negara.

*************************************************************************

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu. Hari ini hari terakhir mereka di pulau itu. Banyak kenangan manis mereka bersama.

Pagi tadi, Ira telah berjumpa dengan doktor kerana kesihatannya. Doktor telah mengesahkan bahawa Ira mengandung. Minggu itu adalah  minggu ke-2. Mereka amat gembira kerana tidak lama lagi mereka akan bergelar ibu bapa. Berita itu diberitahu kepada kenalan-kenalan. Mira juga tumpang sekaki dengan kegembiraan itu. Dia sekarang hangat bercinta dengan Im.

Sepanjang tempoh kehamilan itu, Iskandar sabar melayani semua karenah isterinya itu yang mengidamkan yang pelik-pelik. Dia ikut kata isterinya itu. Dia tidak mahu bunga yang dipuja sejak dulu merajuk dengannya. Dia tidak mahu isterinya terasa dengan perbuatannya. Dia tahu bahawa orang mengandung mudah berasa hati dan mudah kecil hati.

Iskandar menyuruh Ira untuk berhenti kerja kerana Ira sudah semakin sarat mengandung. Kandungannya itu sudah masuk pertengahan bulan yang ke-7. Dia tak nak isterinya yang sarat itu letih. Dia sayang Ira. Dia sayang kandungan itu.

Hari ini, mereka duduk di rumah papa. Ketika itu, hanya Amiruddin, mama dan papa saja ada di rumah. Mira keluar makan malam dengan Im.

Pon!!! Pon!!!

Kedengaran bunyi hon dari kereta Iskandar yang baru memasuki rumah mewah itu.

“Hah! Dorang dah sampai dah, mama... cepat papa!!!” kata Amiruddin kegembiraan.

“Kalau ye pun, kasi laa mereka masuk dulu,” kata papa kepada Amiruddin. Dia tahu anak terunanya itu amat merindui adiknya itu.

“Assalammualaikum,” serentak Is dan Ira memberi salam.
“Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh,” jawab mereka.

Iskandar bersalaman dengan abang ipar a.k.a kawan baiknya diikuti Isterinya.

Kini sudah seminggu adik iparnya duduk bersamanya. Amiruddin yang baru pulang dari kerja terus pergi ke adiknya yang tengah makan.

“Aik adik, makan lagi ke? Tu gemuk macam Giant!!!...” kata Amiruddin sambil mengusik adiknya itu.

“Abang!!! Tak apa lah, tak nak makan dah lah. Abang makanlah sorang-sorang,” jawab Ira seakan-akan merajuk dengan abangnya itu. Dia tahu abangnya tidak akan membiarkan dirinya merajuk lama.

“Alaa… abang tak nak makan sorang-sorang. Adik nih... abang tak abis cakap lagi. Sejak mengandung ni sensetip sangat! Abang tak de cakap full stop lagi. Walaupun adik gemuk macam giant ke gajah ke gorilla ke tetap comel tau!!!“ puji Amiruddin habis-habisan.

“Mula la tu, puji lebih-lebih. Nanti kutuk orang balik la tu, kan dik?” kata Ira seraya bertanya kepada adiknya yang baru balik dari date.

“Hah? Ha… ye ye...” Mira yang tidak tahu asal-usul cerita hanya mengiyakan saja pertanyaan kakaknya itu. Walaupun dia agak keletihan, namun dia tetap akan melakukan kerja hariannya itu sejak kakaknya tinggal dengan mereka, iaitu bercakap dengan anak buahnya. 

No comments:

Post a Comment