Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


PROLOG



“Adam… Hawa, mari masuk. Mama masak pisang goreng ni. Mandi dulu baru makan,” kata Mira kepada dua orang anaknya yang tengah bermain di halaman rumah.
“Ya, mama,“ serentak Adam dan Hawa menjawab.
“Adang… ate kate ite awan? Cape apai lu, iye oleh andi ulu? Nak tak?“ dengan petahnya Hawa bertanya kepada Adam.

“Nak!” jawab Adam dengan gembira.
“Abang kira. 1... 2... 3…” sambungnya.

Mereka berlari dengan semangatnya. Oleh kerana usia Adam yang lebih tua dari Hawa, maka Adamlah pemenangnya.

Im nengok anok daromu… kecik-kecik pun doh nakal supo mu laa… turon bakak ko? Hahaha!!!” kata Is dengan loghat Kelantan yang diwarisi dari mamanya.
“Habis-habis… keluar dah… keluar dah loghat dia. Dik, kita pun kena keluarkan jugak, dik“ kata Amiruddin kepada Mira.

“Apa yang terkeluar? Anak tu ke?” kata Is sambil menunjukkan perut Mira yang sedang boyot itu.
“Im… Im call ambulan cepat! Anak kau dah nak keluar dah! “sambung Is dengan gurau sendanya yang semakin galak.

“Ya Allah! Mana? Mana?” Im yang sedang leka dengan puterinya terus kelam kabut masuk dan pergi ke isterinya.
“Hahaha... hahaha,” gelak sakanlah mereka apabila Im terkena dengan gurauan Is. Is pula tergelak kuat sampai terkeluar air matanya.

Adam dan Hawa yang tidak mengerti apa yang berlaku hanya memandang ayahnya. Merah padam muka Im apabila Is berjaya mengenakan dia. Namun belum sempat Is berhenti gelak, dia sudahpun dikejar oleh Im. Semakin kuatlah gelak serta keserian dalam rumah yang telah lama sepi.

No comments:

Post a Comment