Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Tuesday 24 January 2012





Bab 1

     Saya Angah. Nama Angah Nurul Aisyah Afruz Binti Fahim. Angah mempunyai seorang abang (Along), seorang adik lelaki ( Achik) dan dua orang adik perempuan( Alang dan Ucu). Ucu  bakal menampakkan dirinya pertengahan tahun depan.  

     Kisah ini bermula ketika Angah berada di tingkatan 1, Along pula sudah selesai membuat PMR.

“Ummi, Along tak pegi kolah besok boleh tak?“ tanya Along kepada ummi.
“Along nak buat ape kalu tak pegi kolah nye?” balas ummi kepada anak sulungnya itu, Muhammad Alif Aiman.

“Along boleh tolong tengokkan ummi, ummi kan tengah sarat mengandungkan Ucu,” jawab Along sambil membetulkan songkok hitam kesayangannya.
“Betul kata Along tu, Mak Mah mane ade mase nak asyik tengokkan awak, Jijah pon mesti la sibuk nak kemas rumah,” cadangan Along disokong abah.
“Tersengih pulak si Along ni,” menolog Achik seorang diri.
“Achik!” terkejut Achik apabila namanya disebut Along.

     Along memandang tepat ke anak mata adiknya, Alif Aryan yang berusia 11 tahun. Achik sudah tersengih sampai menampakkan giginya yang putih.

“Along ni tau-tau je. Huh! Nasib baik dah gosok gigi, kalu tak kene ‘halau’ la dengan abah, suruh naik atas gosok gigi,” Achik menolog dalam hati.

     Setelah ditambah,ditolak,didarap dan dibahagi akhirnya berjaya juga Along merehatkan otak yang memerlukan perhatian.

     Ucu sekarang sudah berusia 6 bulan di dalam kandungan ummi. Sejak sebulan yang lalu, Along banyak meluangkan masa dengan Ucu, dia akan berborak dengan Ucu. Dia juga semakin ringan tulang apabila ada kaitan ummi ataupun Ucu. Along tidak boleh kalau satu hari tidak bercakap dengan Ucu.

     Perubahan Along yang mendadak itu ummi sedari, mungkin kerana Along telah lepas peperiksaan yang besar membuatkan fikirannya kini kian bebas.

     Tidak sangka masa berlalu begitu pantas, kini sudah merupakan bulan pertama persekolahan. Walaupun Along pergi ke sekolah seperti biasa, dia akan mencium perut ibunya itu. Itu sudah menjadi rutin harian Along selepas mencium kedua-dua pipi umminya. Dia terlalu sayangkan Ucu walaupun masih didalam kandungan.

     Suatu hari, ketika tengah berkumpul beramai-ramai pada waktu petang.
“Along nie, macam dia pulak yang nak dapat anak,” kata Achik menyuarakan ketidakpuashatian yang manja.
“Ala… tau la Achik berjelezan dengan Along. Cakap je laa,” jawab Along
“ Buat apa Achik nak jeles? Ye la Along  yang amik keje yang perlu abah buat. Kalu Along amik sume keje abah, menganggur la abah,” disertai gelak tawa apabila Achik membuat lawak.

“Biar la kat Along la Achik, Along sayangkan sayang Ucu. Nak buat macam mane, nasi dah jadi bubur,” jawab abah.

     Tarikh yang bakal Ucu dilahirkan sudah lepas 2 hari yang lalu, Ucu masih malu untuk mengeluarkan mukanya yang comel itu.

     Petang itu, ummi duduk seorang diri di rumah kerana Mak Mah dan Pak Jak sudah meminta cuti untuk menjenguk ahli keluarga. Along menjemput adiknya Nurul Adawiyah Arfa a.k.a. Alang di sekolah rendah kerana Achik ada kelas tambahan.

     Salam sudah diberi namun tiada yang menjawab. Pintu sudah diketuk namun tiada yang membuka. Nasib baiklah hari ini Along tergerak hatinya untuk membawa kunci rumah. Seraya salam diberi kaki kanan melangkah masuk ke rumah.

     Ummi! Ya ummi sudah terbaring di tepi tangga dan... DARAH! Along pasti itu darah dari ummi. Along dan Alang terus berlari pergi ke umminya. Hatinya bagaikan orang yang terterjun dari Hotel Kirana tingkatan 7. Ketika dia tiba di sebelah umminya, dia ternampak kepala seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di celah kangkang umminya. Nasib baik dia sudah diberitahu ummi bagaimana menyambut bayi yang baru lahir. Lantas diberi gunting oleh Alang setelah menjumpai gunting. Selepas itu dinyaringkan azan di telingga anak kecil itu. Namun jantungnya yang tadi berdegup gelisah , sekarang semakin gelisah apabila Ucunya tidak menangis!

     Songkoknya sudah basah disebabkan peluh. Bajunya sudah penuh dengan darah. Darah itu juga kelihatan semakin kering. Air mata lelakinya terjatuh disebabkan seorang perempuan yang digelar adik.

“Ucu, andaikata Allah telah menjemputmu, kita berjumpalah di alam sana. Janganlah kau lupa pada ummi yang telah bersusah payah mengandungkan kau selama 9 bulan. Along menanti penantian itu,” seraya itu dahi anak kecil itu diciumnya penuh pasrah.

     Alang sudah berjaya mengejutkan ummi yang terpengsan di situ. Dia tidak sedar bila dia melahirkan Ucu, malah dia juga tidak merasakan kesakitan seperti yang sebelumnya. Ummi yang bagai mengerti tidak dapat menahan sebak lalu, dipeluk Alang disebelahnya. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan pergi buat selama-lamanya. Namun hati terpaksa menerima takdir yang telah tertulis.

     Lalu Along mengucap dua kalimah syahadah dengan lembut di telingga Ucu, dia ingin Ucu dengarkan kalimah itu walaupun hanya jasad yang tinggal. Lalu dia membaca ‘Laillahailallah’ berulang-ulang kali dengan lembut. Along tidak mahu air mata kesedihannya menyambut kehadiran seorang bayi.

     Baru beberapa Along menyebut ‘Laillahailallah’, terdengar tangisan dari bayi yang tadi disangka sudah meninggal dunia! Itulah kuasa Allah. Mungkin kerana Along selalu menyebut kalimah  itu ketika bersama Ucu sehinggakan Ucu terbiasa dengan kalimah itu ketika bangun atau ketika tidur.

     Ummi juga terkejut dengan apa yang berlaku. Namun dia bersyukur kepada Allah kerana masih mahu meminjamkan anak kecil itu kepadanya.

     Setelah badan si kecil itu dibersihkan, Along menyerahkan kepada ummi. Tempat tadi sudah dibersihkan oleh Alang ketika dia membersihkan bayi kecil yang comel itu. Berita itu diberitahu kepada abahnya, tidak ketinggalan juga saat-saat getir yang berlaku.

    Bayi itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Annur Ain Hayat Binti Fahim. Nama itulah yang diberi kepada anak kecil itu setelah beberapa hari kewujudannya diketahui oleh orang luar. Nama itu bukan diberi oleh ummi mahupun abah, malah diberi oleh Along sendiri.

“Ummi, Ucu mana?” tanya Along sambil menyarungkan stokingnya.
“Kat atas. Cepatlah abah dah panggil itu,” jawab ummi.
“Ucu... Ucu... di mana ko Ucu… hah ni pun Ucu,” menolog Along didalam hatinya takkala ternampak seorang bayi perempuan yang berusia 5 bulan tidur nyenyak di atas katil besar. 

Dicium kedua-dua belah pipi bayi itu.

“Along pergi kolah dulu. Jangan nakal-nakal tau!” kata Along.
“Hah tu pon Along. Cepat la,” cakap Alang.
“Along pergi pegi cium pipi Ucu kan? Pipi kitorang nie Along tak cium pon! Along memang pilih kasih!“ kata Achik ketika sudah berada dalam kereta.

“Bukan Along tak nak cium. Nanti korang tu banyak komen, eee laa… aaa la… geli dan lain-lain. Tak macam Ucu, Along cium siap senyum sampai ke telingga lagi,” ulas Along.
“Dah sampai dah. Sayang abah,” seraya encik Fahim menunjukkan pipinya mintak dicium anak-anak.

     Selepas semua sudah mencium dan salam dengan abah, Along ada sesuatu yang hendak diberi kepada Angah.

“ Angah!“panggilan Along menghentikan langkahnya.
“A..” belum sempat ayat Angah habis, pipinya dicium oleh Along di hadapan pelajar lain. Merah mukanya menahan malu.

“ALONG! Kasi tau abah!“ Angah sudah mengelap bekas ciuman Along di pipinya. 

No comments:

Post a Comment