Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Monday 12 September 2011

Selamat Hari Ibu, Ibu.


                               



Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Ibu, ibu ingat lagi tak kali terakhir pertemuan kita?

Ibu ingat lagi tak, 
Kali terakhir ibu melihat anak ibu yang baru tumbuh gigi ketika itu?

Ibu ingat lagi tak,
Waktu tu abang long, kak long, abang ngah, kak chik dan kak lang masih berada di sekolah.
Dan ketika itulah ibu bawa Afiq ke taman permainan. 

Afiq main layang-layang dengan ibu. 
Ibu tahu tak itulah kenangan terindah Afiq dengan ibu. 
Afiq minta layang-layang tu dengan bahasa Afiq sendiri. 
Ibu tetap faham walaupun Afiq guna bahasa Afiq. 
Afiq tak berapa reti bercakap lagi waktu tu.

Tiba-tiba waktu ibu bagi kat Afiq layang-layang tu,
Layang-layang tu terbang.
Afiq nak ambil,
Tapi Afiq hanya reti bertatih je.
Layang-layang tu jatuh kat atas jalan. 

Afiq nak merangkak ambil layang-layang tu, 
Tapi ibu larang Afiq.
Ibu suruh Afiq tunggu kat tepi jalan tu. 

Tiba-tiba ibu ‘fly’ kat atas kereta, 
Disebabkan ‘sayap’ ibu patah ibu jatuh kat atas jalan.

Ketika itu, 
Afiq nampak bayangan ibu datang kat Afiq untuk membantu Afiq bangun.
Afiq bertatih, bertatih dan bertatih.

Ketika itu Afiq nampak ada orang yang sedang bercakap dengan sesuatu yang ketika ini sudah Afiq tahu orang memanggil benda tu telefon.
Waktu Afiq dah sampai disamping ibu, 
Afiq terjatuh di atas tangan ibu.

Ibu mengerang kesakitan, 
Afiq nampak ada warna merah dekat dahi dan bibir ibu.
Ibu ingat lagi tak ibu cakap apa dekat Afiq?
Ibu cakap “ Dah pandai dah anak ibu bertatih.”
Afiq hanya memberi senyuman manis buat ibu.

Lalu Afiq lap warna merah dekat dahi ibu dan bibir ibu.
Akhirnya Afiq luahkan, yang selama ini Afiq ingin katakan.
Sebelum ini, Afiq tidak mempunyai kekuatan untuk mengatakan semua itu.
Tapi kini, Afiq dah ada kekuatan untuk itu.

Dari mana datangnya kekuatan itu Afiq sendiri tidak tahu.
Afiq pandang wajah itu dalam-dalam dan Afiq cakap
“ All..ah..... Na...bi.... I...bu....A....bi...”
Afiq nampak air mata ibu mengalir.

Lalu ibu cium wajah Afiq sepuas-puas hati ibu.
Afiq merasakan lepas ini tiada lagi ciuman ibu buat Afiq.
Afiq jatuh di dalam pelukan ibu, ibu peluk Afiq kuat-kuat.
Afiq rasa lepas ni tiada lagi pelukan ibu untuk Afiq.

Makin lama, Afiq rasa pelukan itu semakin longgar.
Tapi Afiq tetap lena di dalam pelukkan itu, ibu tahu tak?

Tika Afiq sedar, Afiq rasa ada air mata yang jatuh di atas pipi Afiq.
Afiq pandang wajah empunya air mata itu.
Rupa-rupanya, Kak Long yang sedang menangis.
Mesti ibu nampak kan Kak Long peluk Afiq erat-erat?

Belum pernah Kak Long peluk Afiq seerat macam tu.
Kak long hanya suka kacau Afiq je sebelum ini.
Afiq lap air mata Kak Long,
Tapi makin lebat pulak air mata Kak Long.
Afiq peluk Kak Long erat-erat.

Mesti ibu tahu,kan? 
Abang Ngah orang terakhir cium dahi ibu,
Orang terakhir cium pipi ibu,
Orang terakhir cium tangan ibu sebelum ke sekolah pagi tu.

Afiq ikut Kak Long pergi ke masjid untuk solat jenazah ibu.
Mesti ibu dengarkan, 
Abi baca Al-Fatihah sepanjang perjalanan ke masjid.
Sayu Afiq dengar suara Abi. 

Afiq tahu agak sukar bagi bayi seumur dengan Afiq untuk menerima pemergian seorang insan yang amat penting bernama Ibu.

Tapi Afiq tahu menangisnya abi, abang-abang dan kakak-kakak serta yang lain takkan kembalikan ibu, kan?

Afiq tahu, Afiq boleh tabah walaupun Afiq tak setabah tok ayah.
Ibu mesti nampak kan tok ayah yang menenangkan mereka semua?
Abi memujuk kak chik, abang long pulak pujuk abang ngah dan kak lang.

Afiq duduk di belakang dengan Abang Ngah,
Ibu nampak tak, Abang Ngah dukung Afiq keluar sebab abang ngah tak dapat tahan nangis,
Abang Ngah lah yang paling rapat dengan ibu selepas Afiq,
Bila Abang Ngah duduk di tangga,
Afiq gigit tangan Abang Ngah untuk melepaskan Afiq.

Afiq nak solat jugak!
Afiq selit-selit di belakang orang,
Afiq tak tahu macam mana Afiq boleh lancar berjalan,
Abang Ngah terperanjat melihat Afiq boleh berjalan dengan lancar.

Afiq mengangkat takbir bila imam sudah memulakan solat.
Afiq boleh ingat setiap gerak geri solat abi.
Afiq boleh ingat setiap bacaan solat.
Afiq tahu Afiq ada keistimewaan.
Dan Afiq tahu, Afiq nak solat jenazah ibu!

Ibu mesti nampak Abang Ngah menangis sebab melihat Afiq solat sedangkan Afiq baru je kecik.
Akhirnya Abang Ngah kuatkan semangat untuk solat jenazah ibu.

Itulah kali pertama Afiq solat bersama ibu.
Itulah kali pertama takbir diangkat oleh Afiq.
Itulah kali pertama Afiq solat.
Itulah kali pertama... ibu

Walaupun hanya sekejap yang mampu Afiq tahan, 
Afiq gembira ibu sempat melihat Afiq solat seperti yang ibu inginkan.
Afiq sekurangnya dapat memberi semangat dekat Abang Ngah untuk solat jenazah ibu.

Ibu mesti ingatkan, abi, abang long, abang ngah, tok ayah, tok wan yang mengusung jenazah ibu masuk kedalam liang lahat?

Ibu mesti nampakkan kak long bawa Afiq balik rumah sebab kak long tak dapat menahan lagi.

Ibu tahu tak, 
Waktu Afiq nak meninggalkan perkuburan ibu, 
Afiq nampak ibu lambai kat Afiq.
Afiq nampak ibu memberi satu senyuman yang sangat manis dekat Afiq.
Sampai sekarang, masih Afiq ingat senyuman ibu.

Ibu, mesti ibu tahu kan?
Sejak pemergian ibu, kak longlah yang menjaga Afiq macam anak sendiri.
Tapi Afiq tak nak menyusahkan kak long.

Ibu tahu tak,
Afiq dah khatam Al-Quran waktu umur 7 tahun lagi. 
Waktu Afiq umur 10 tahun, Afiq masuk tahfiz Al-Quran.
Abi, dan abang-abang dengan kakak-kakak yang bantu Afiq membaca Al-Quran.

Ibu... ibu tahu tak?
Afiq nak jadi anak yang soleh,
Nanti boleh la Afiq doakan untuk ibu disana,
Terima kasih sebab lahirkan Afiq,
Afiq sayang ibu,
Sayang... sayang sangat-sangat dekat ibu.

Waktu umur 13 tahun Afiq masuk hafazan Al-Quran,
Afiq nak jadi seorang tahfiz,
Nanti boleh la Afiq tolong ibu disana,
Tolong abi disana.

Waktu difikirkan kembali, 
Afiq rasa, 
Afiq menyusahkan ibu je time tu.

Ibu... 
Afiq sayang ibu,
Afiq rindu ibu,
Afiq nak jumpa ibu, 
Kenapa ibu pergi tika itu?
Kenapa ibu tinggalkan Afiq tika diri ini memerlukanmu? 

Kenapa? Kenapa? 
Banyak soalan yang bermain di fikiran Afiq. 
Bila afiq pergi sekolah, Afiq nampak banyak ibu menghantar anak mereka semua. 
Afiq teringin sangat dihantar oleh ibu... 

Tapi Afiq tahu,
Allah tahu apa yang terbaik,
Kerana Allah Maha Bijaksana,
Allah tahu segala-galanya,
Kerana Allah Maha Mengetahui, 
Allah sayang lebih daripada kita sayang,
Kerana Allah Maha Penyayang.

Afiq rindu ibu...

Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Ibu... 
Afiq nak buktikan dekat ibu yang Afiq boleh berdikari walaupun ibu tiada di sini.
Afiq nak balas semua usaha yang telah ibu dan semua lakukan buat Afiq.

Kini...

Afiq dah dewasa,
Tapi rindu Afiq tetap tidak pernah hilang,

Afiq dah matang,
Tapi sayang Afiq tidak pernah luntur.

Afiq dah bergelar baba,
Tapi ibu tidak pernah hilang dalam ingatan.

Afiq selalu mendoakan semoga ibu bahagia di sana.

Setakat sini sajalah ibu,
Cucu ibu ajak makan,
Kuat makan dia sejak duduk di negara orang,
Bukan makanan sini yang dimakan,
Negara sendiri yang menjadi seleranya.

Ibu,
Selamat Hari Ibu.

Assalamualaikum, ibu.

Dari anak bongsu ibu.

Buat hanya yang mampu.
Allah tahu apa yang terbaik.

By: NABMR

No comments:

Post a Comment