Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 3

“Mana kakak ni?” monolog Mira dalam hati. Lama dia menunggu kakaknya. Kerana mereka tidak sama kelas, mereka akan menunggu di depan sekolah. Oleh sebab tidak larat menunggu, Mira membuat keputusan untuk mencari Ira di kelas Ira. Untuk ke kelas Ira, Mira mesti melalui kelas Tingkatan 6  iaitu 6 Atas dan 6 Bawah. Namun, niatnya terbatal  dengan apa yang dilihatnya. Tanpa Ira sedari, ada dua orang sedang memerhatikan mereka berdua.

Apabila didatangi Ira untuk pulang ke rumah, Mira kelihatan kedinginan dan kedinginan  tersebut dirasai oleh Ira.

“Kenapa ni, dik?” tanya Ira dengan nada bersahaja.
“Sampai hati akak buat adik macam ni!!!” jawab Mira dengan kasar sambil mengelap air matanya yang hampir gugur.

Ira terkejut dengan apa yang berlaku sekarang kerana Mira yang dia kenal selama ini amat lemah lembut, baik hati dan tidak kasar. Namun apa yang terjadi sebentar tadi amat berbeza sekali dengan adiknya yang dulu.

‘Mesti dia nampak tadi,’ monolog Ira dalam hatinya.

“Akak bantu Mira laa ni,” kata Ira dengan nada lembut.
“Bantu? Ini yang akak katekan bantu??! Akak tikam adik dari belakang!!!” kata Mira dengan nada yang marah.

“Adik… adik cuba dengar cakap akak. Akak dah tanye dia, kenapa dia take care sangat dengan adik. Dan dia jawab, dia dah lama minat kat adik. Cume adik je tak perasan. Adik kan tau, dia tu member akak dalam Taekwando, mestilah akak kenal,” kata Ira cuba memujuk adiknya  itu.

“Akak berani sumpah dik, akak tak tikam adik dari belakang,” pujuknya lagi.

Namun kata-kata itu tidak dipedulikan oleh Mira. Malah dia terus melintas jalan tanpa melihat kiri kanan.

PON!!!

PON!!!

Ira yang terdengar bunyi itu terus menjerit memanggil adiknya itu. Mira tidak mempedulikan panggilan kakaknya itu. Tiba-tiba dia ditolak oleh seseorang dari belakang. Dia mengerang kesakitan apabila sikunya luka. Namun ketika dia bangun, dia terlihat sekujur tubuh sedang terbaring lesu di atas permukaan jalan.

“Kakak!!!!!!!”

Jerit Mira apabila menyedari tubuh itu milik kakaknya. Saat itu air matanya begitu murah sekali. Walaupun dia dalam kesakitan, dia sanggup tempuhinya demi untuk pergi ke kakaknya.

“Kakak!!! Kakak jangan tinggalkan adik… adik minta maaf… adik yang salah…” dia menyedari itu salahnya kerana terlalu cuai.

 “Tolong call ambulans!!!” jerit Mira kepada orang ramai yang berada disitu.
 “Kakak!!! Kakak!!!” Bagaikan mengerti apa yang dihadapi oleh Mira, hujan turun membasahi bumi.

“Adik,kakak akan terus membantu tuk mencari kebahagian adik walau pun kakak terpaksa berkorban,” kata Ira dalam kepayahan sambil tersenyum.

Darah terus keluar terbuak-buak dari mulut Ira. Saat itu Mira amat menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Dia sepatutnya percayakan kakaknya itu. Namun sudah terlambat untuk dia menyesali perbuatannya itu. Bagai pepatah Melayu, nasi sudah menjadi bubur.

“Adik…”
“Ya, kak,” sambil mengenggam tangan kanan Ira.
“Kalau akak pergi dulu dari adik akak nak adik jangan putus semangat tuk hidup. Akak sentias ada kat dalam hati adik. Akak akan terus member dorongan…,” suaranya kedengaran perlahan dan saat itu matanya sudah tertutup.

“Kakak!!!!!!” jerit Mira sekuat hatinya.

Tidak lama kemudian, ambulan tiba di tempat kejadian. Mereka berkejar pergi ke hospital berdekatan. Mira menghubungi mama dan papanya sebaik tiba di hospital. 10 minit berlalu tanpa apa-apa berita dari doktor yang merawat kakaknya itu. 5 minit kemudiaan, doktor yang merawat kakaknya itu menghampirinya. Reaksi muka doktor yang serius menambahkan rasa debar di hati Mira.

“Awak ni ahli keluarga Cik Nur Amirah Binti Haris ke?” tanya doktor itu kepada Mira.
“Ya, saya,”

“Kami telah kehabisan darah yang sama jenis dengan Cik Amirah. Oleh itu, saya ingin tahu bahawa siapakah di antara warisnya yang boleh menderma darah yang sama jenis dengan Cik Amirah?” tanya doktor itu kepada Mira.

“Saya!” tersentak Mira apabila terdengar suara itu. Tanpa menunggu lama, Mira terus berpaling ke arah empunya suara itu. Dia ternampak mama dan papanya disitu. Dia terus berlari memeluk mamanya.

“Boleh saya tahu encik ni siapa?” tanya doktor itu dengan sopan.
“Saya papanya, En. Haris,” jawab En. Haris sambil berjabat tangan dengan doktor itu.
“Dr. Danish,” jawab doktor itu memperkenalkan dirinya sambil menjabat tangan En. Haris.

“Sila ikut saya ke bilik menderma darah,” katanya lagi.
“Ya,” balas Encik Haris.

Surat pembedahan telah ditandatangani oleh En. Haris selepas mendengar penjelasan daripada Mira tentang kejadian ini.

Sudah beberapa hari Ira tidak sedarkan diri. Mira pula sentiasa berada disamping Ira. Dia ingin menebus segala kesalahannya. Mira terkenang kembali excident itu. Saat itu Allah saja yang tahu betapa takutnya dia ketika mata Ira tertutup rapat. Dia takut kehilangan kakaknya yang merupakan semangatnya.

Setelah 3 bulan koma, Ira akhirnya tersedar dari ‘tidur panjangnya’. Tidak tergambar betapa bersyukurnya Mira pada Allah. Berita baik itu diberitahu kepada keluarganya.

Setelah Amiruddin habis menjawab peperiksaan, dia terus diberitahu tentang kejadian yang menimpa adiknya,Ira. Dia bergegas pergi ke hospital untuk melihat adik kesayangannya itu. Mira pula berjanji tidak akan lagi membuat perkara sebegitu lagi. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku jika Ira pergi dari sisinya. Ira bagaikan jantung hatinya, tanpa dorongan serta sokongan dari Ira, hidupnya akan musnah. Dia bagaikan mayat hidup sahaja. Begitu pentingnya Ira di dalam kehidupannya.

****************************************************************

         Iskandar menerima cadangan daddynya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Engineering di Jepun setelah dia melihat pertemuan Im dan Ira pada 3 bulan yang lalu. Dia membawa hati yang lara kerana selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Bagaikan peristiwa berulang, saat dia menaiki kapal terbang dia menangis. Iskandar tidak menyedari bahawa ada mata yang memandangnya ketika dia melihat kejadian yang pedih. Amiruddin nampak kekecewaan yang terpancar di dalam mata Iskandar. Namun dia tidak membongkarkannya.

         Baru kini dia tahu bahawa Iskandar menyukai adiknya, Ira. Namun nasi sudahpun menjadi bubur kerana Iskandar sudah pun berangkat ke Jepun. Nak beritahu takut mengganggu pelajaran Iskandar pula. Dia mengetahui hal itu pun apabila dia menerima surat daripada adik Iskandar, Alya.

*************************************************************************

Pada tahun berikutnya, walaupun Zahim dan Amiruddin serta Shah satu universiti, namun mereka tidak sama kursus. Zahim dalam bidang perakaunan, manakala Shah dan Amiruddin pula dalam bidang arkitek. Walaupun kursus mereka tidak sama, tidak bermakna persahabatan mereka putus. Apabila ada masa yang lapang mereka akan melepak di rumah Shah yang tidak berapa jauh dari universiti itu kalau mereka memandu kereta. 

No comments:

Post a Comment