Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Tuesday 6 September 2011

    

Kelihatan seorang jejaka tampan sedang menguruskan kerja di pejabat yang besar selaku pengarah di syarikat tersebut. Namanya Tengku Muhammad Firdaus Rayyan, anak Tengku Firaz Rifqi. Dia ada rupa... harta... bijak... comel...

“Puji lebih-lebih la pulak aku nie... hehe,” monolog aku dalam hati.

    Ya, seperti yang korang fikirkan, anak teruna Tengku Firaz itu ialah aku. Aku masih menagih, bukan menagih dadah! Tapi menagih kasih, bukan kasih kekasih! Tapi kasih pada sang Pencipta. Aku pasang radio yang sedia ada di dalam pejabatku itu.

“Kami akan memperdengarkan anda semua dengan sebuah nasyid dari Mestica & In-Team,” kata DJ di radio IKIM.

Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan fitrah insan,
Dan dimana terciptanya cinta,
Disitu rindu bermula.

Cinta itu tidak pernah meminta,
Tetapi memberi sepenuh rela,
Rasa bahgia biarpun sengsara,
Berkorban segala-gala.


Mataku berair, pandangku kabur. Saat telingaku mendengar lagu itu, ada dua peristiwa yang membuatkan hatiku berdebar. Kejadian pertama ketika aku berpisah dengan gadis yang amatku cintai.

***

“Saya nak jumpa denngan awak. Sekarang! “ kataku selepas pemilik nombor yang aku dail memberi salam.

“Baiklah, tempat biasa? Ok, kejap lagi saya datang,” balas pemilik nombor itu.

10 minit kemudian…

“Kita break!” kataku sambil menahan amarah.
“But why?” tanya gadis itu sambil menangis.
“But why? Sebab awak curang dengan saya! Awak tahu tak, saya sayang awak… cinta awak… percayakan awak. Tapi apa yang saya dapat? Awak kianati cinta saya! Awak musnahkan kepercayaan saya!“ balasku kerana aku tak dapat menahan amarah. Tanganku hampir saja terkena di pipi gebunya.

 “Apa awak cakap nih? Saya tak curang! Saya hanya cintakan awak,” balas gadis yang berambut panjang dihadapanku.

 “Sudah la, Dhiya Inas Batrisyia! Tak payahlah awak berlakon lagi. Kenape mangsanya saya? Kenapa? Awak tahukan saya cinta awak sepenuh hati saya. Tapi… “ balasku sambil mengelap airmata yang hampir jatuh.

“Awak... dengar dulu penjelasan saya,” kata gadis itu.
“Apa yang awak nak jelaskan lagi hah!!!“ tengkingku padanya.

Gadis itu terkejut dengan tengkingan lelaki itu. Dia yang menangis tadi, sudah tersedu-sedan selepas ditengking oleh lelaki itu.

“Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri! Awak bermesra ngan laki lain. Awak tahu tak ape saya rasa? Sakit!!! Perit!!! “ tambahku lagi.

“Dah la, malas saya nak layan perempuan yang tak sedar diri seperti awak! “ kataku seraya mengangkat kaki untuk keluar dari taman permainan sekitar perumahan Shah Alam.

 “ Awak… awak, tunggu. Dengar dulu penjelasan saya… awakk…” suara itu semakin lama semakin sayup kedengaran.

“Kau nak apa lagi hah!!! Lepas ni kita tak de pape hubungan! Kita putus! Kau jangan pernah cari aku lagi!” perkataan ‘saya’ ‘awak’ sudah bertukar ‘aku’ ‘kau’.

 Walau apa yang ku katakan padanya menyakitkan hati, namun, cintaku padanya tetap tidak pudar. Semakin aku cuba melupakannya, semakin kuat ingatan aku terhadap dia. Luka di kaki, orang nampak, tapi luka dihati???

Ingin saja ku katakan maaf, tapi egoku sungguh tinggi.

‘Ya Allah, tabahkanlah hatiku. Hanya kepada ENGKAU kami mengabdikan diri. Hanya kepada ENGKAU kami meminta pertolongan. Hanya kepada ENGKAU kami meminta perlindungan. Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu yang kerdil ini. Dengarlah… dengarlah… Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar... Amin...’

 Saat ganti saat, minit ganti minit, jam ganti jam, hari ganti hari, minggu ganti minggu, bulan ganti bulan dan tahun ganti tahun. Sedar tidak sedar, kini sudah dua tahun aku bekerja di syarikat daddy. Dan dua tahun jugalah aku mengubati hatiku yang lara ini. Satu peristiwa yang tidak kujangka tiba-tiba berlaku setelah meetingku bersama klien di luar.

“Assalamualaikum,“ aku terdengar ada orang memberi salam dari belakangku.
“Waalaikumussalam… “ salamku terhenti di kerongkong tatkala mataku terpaku pada mata pemilik pemberi salam itu. Ya, itu memang dia! Dhiya!

“Awak nak apa lagi hah?!” jerkahku pada buah hatiku itu.
“Tak kawin, tapi perut dah berpenghuni! Anak ni, anak jantan tu la kan?” kataku ketika mataku terpandang pada perutnya yang memboyot.

 Dia hanya membalas semyuman kepadaku. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

“Awak… saya rindukan senyuman awak tu...” bisik hati kecilku.
“Awak... saya nak minta 5 minit je dari awak,” kata gadis yang sudah bertudung itu.

“5 minit je? Baiklah, lagipun saya tak ada masa dengan orang macam awak nie!” balasku selamba.

 Mimik mukanya aku perhati. ‘Wajah dia tetap seperti dulu,’bisik hatiku.

 “Saya nak luahkan apa saja yang sempat saya rasa, hanya berkata bukan mengata, andai saja ini kali terakhirnya, maafkanlah saya! “ kata gadis dihadapanku dalam bentuk pantun.

 “Terima kasih kerana memberi peluang kepada orang yang seperti saya. Saya… saya nak mintak maaf atas apa yang terjadi atas perhubungan kita 2 tahun yang lalu. Andai awak tahu apa yang terjadi saat itu, awak tak akan tinggalkan saya terkapai-kapai di sana, “ sambungnya selepas 1 minit sambil menghadiahkan satu senyuman untukku sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya yang gebu itu.

“Erm… jadi cita ar,” balasku acuh tak acuh.
“Tapi… hari ni, masa tidak memihak kepada kita seperti hari-hari yang pernah dilalui oleh kita semua. Masa tidak mengizinkan saya,” balasnya tatkala masa yang ku beri sudah habis.

“Tak apa, saya beri lebih 5 minit. Amik lah berapa lamapun yang awak perlukan, asalkan awak cerita apa yang sebenarnya yang telah berlaku,”  sambungku ingin mengetahui apa yang ingin diberitahu oleh gadis itu.

“Walau ape pun yang terjadi, saya... saya ingin awak tahu…” katanya sambil memandang anak mataku dengan matanya yang berair mata.

“Saya... sayangkan awak, cintakan awak... dan saya rindukan awak. Adakah awak begitu juga?“ sambungnya lagi.

“Saya pun begitu jugak!!!” ingin ku luahkan tapi ia tersekat di kerongkong.

 “Saat saya terkapai-kapai, saya harap awak datang tapi bukan awak. DIA yang datang menghulurkan tangan. Saat saya dalam kegelapan, saya harap awak datang tapi ia juga bukan awak. DIA yang datang membimbing saya pergi ke cahaya. Dan saat itu, saya sedar, masih ada yang menyayangi saya, malah DIA tidak akan pernah membuat saya kecewa tapi saya... saya yang selalu membuat dia kecewe! Saat itu juga, saya tekad, saya akan memberi segala-galanya hanya pada DIA, hanya untuk DIA,” sambungnya lagi, tenang saja pertuturannya. Sedangkan aku?

“Pergi ar kat ‘DIA’ tu. Mata duitan!“ kataku dengan renungan yang tajam.
“Memang… saya akan pergi ke sana untuk berjumpa dengan-Nya. Malah saya rasa DIA berada dekat dengan saya sekarang. Saya ingin sangat awak tahu, saya cintakan awak. Saya tak pernah membenci awak. Saya doakan awak bahagia dengan orang yang awak cintai. Assalamualaikum...“ lantas gadis itu berlalu di kaki 5 yang berhampiran jalan raya. Bibirnya tidak lekang dari zikrullah ke arah hospital.


Firman Allah S.W.T dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya : “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.                                              (Surah Al-Ra‘ad: 28)

Aku menjawab salamnya. Aku memikirkan sesuatu.

1 saat… 2 saat… 3 saat…

Saat kepala ingin kupusing untuk mengejarnya, telinga ku terdengar.

Kedebom... erkk... bom... bom... erkkkkkk…

Lantas jantungku berdegup kencang.

“Dhiya!!! “ jerit hatiku.

Aku tercari-cari Dhiya, setelah beberapa lama aku mencarinya, aku terpandang satu sudut.

 Tiba-tiba kakiku melangkah kearah orang yang sedang berkerumun itu. Aku berselit-selit dengan orang awam. Dhiya! Dhiya terbaring lesu di situ. Tiba-tiba terdengarlah suara bayi, bayi Dhiya! Ku meluru ke arah Dhiya lantas memangku kepalanya.

Terngiang-ngiang suara Dhiya Inas Batrisyia...

“Andai ini kali terakhirnya, maafkan saya...”

“Sekiranya awak tahu ape yang berlaku ketika itu, awak tak akan tinggalkan saya...”

Bayi di dalam perut Dhiya telah pun cukup bulan. Anak yang dikandung Dhiya selamat dikeluarkan dengan bantuan seorang makcik yang kebetulan amat mahir dalma bidang ini.

Bidan itu menyerahkan kepadaku bayi itu untuk diazankan.

‘Mungkin sebab aku je yang kenal Dhiya kot’ bisik hatiku.

Ku mengazankan bayi itu, bukan satu malah dua. Kembar! Setelah aku mengazankan si abang, aku letaknya di samping umminya. Ketika aku mengiqomatkan si kakak, si abang sudah lena di samping umminya.

‘Mungkin dia rasa tenang di situ,’ bisik hatiku lagi.

 Tiba-tiba muncul lelaki berkot hitam. Ya! Dialah lelaki hari itu yang aku nampak bermesra dengan Dhiya.

 “Sayang!!! Ya ALLAH… sayang, bangun sayang. Jangan tinggalkan abang sendirian di sini, sayang. Tolong la bangun, sayang,“.

Walaupun kemarahan aku pada lelaki ini belum musnah, namun tetap ku tenangkannya. Demi Dhiya! Ya, demi Dhiya!

 Ambulans datang beberapa minit kemudian. Alhamdullilah, semua mangsa kejadian itu memberi laluan kepada kami untuk membawa Dhiya ke hospital. Ini kerana puncanya bermula daripada mereka, bukan Dhiya. Dhiya hanya menjadi mangsa keadaan.

 Ketika Dhiya berada di dalam bilik pembedahan, lelaki itu mengulurkan satu surat.

“Kau punya… Sha yang tulis,” balasnya sebelum pergi untuk menelefon ahli keluarga Dhiya Inas Batrisyia.

 Assalamualaikum, awak sihat? Saya nak awak tahu, salah saya yang menyebabkan hubungan kita putus. Saya tidak jujur dengan awak ketika itu. Mesti awak fikir, anak yang dikandung saya anak laki tu kan? Sebenarnya tidak. Setahun selepas perpisahan kita, saya dirogol. Ketika itu saya harap awak datang selamatkan saya, tapi awak tak datang. Saat itu saya benar-benar sedar, hanya pada Allah saya berserah. Dalam kepala saya, memikirkan agar Allah datang memberi bantuan. Dalam hati saya, hanya ada satu nama… namanya bukan Firdaus Rayyan tapi nama ALLAH… ALLAH… ALLAH. Akhirnya ALLAH datang memberi bantuan, kebetulan polis peronda lalu disitu. Orang yang rogol saya sudah menerima hukumannya. Mulai detik itu, saya hanya berharap pada ALLAH. Saya rasa macam nak bunuh je anak ini. Tapi… kuasa Allah… dia memberi saya kesedaran. Sejak itu saya bertekad, saya akan jaga anak saya ini, walau apa kata masyarakat! Sebenarnya lelaki yang awak nampak dengan saya tu sebenarnya dia ialah abang saya.

Aku tidak percaya dengan apa yang dibacaku sebentar tadi.

‘Lelaki itu, abang Dhiya? ‘

Aku menyalahkan diriku kerana memutuskan hubungan itu tanpa siasat hal yang sebenarnya dahulu. Kusambung bacaanku...

Abang yang paling saya sayang. Dialah abang dan dia juga kakak. Hanya dia adik beradik kandung yang saya ada. Sebab itu hubungan saya dengan abang Syad mesra sangat. Andai hidup saya di dunia ini hanya sampai disini, saya minta… awak tolong jagakan anak saya. Permata hati saya, kerana merekalah dan izin ALLAH, saya masih tabah disini. Sampaikan salam sayang, rindu dan cinta saya kepada anak-anak saya andai saya pergi menghadap Ilahi. Assalamualaikum, akhi Firdaus. Keredhaanku sentiasa bersamamu.
                                                                                                      Yang mencintaimu selalu,
                                                                                                             Dhiya Inas Batrisyia

     Air mataku jatuh berderai setelah habis membaca surat itu.

Sesetengah kaum lelaki berasa malu untuk menangis katanya tidak macho.

Tidakkah mereka tahu Saiyidina Abu Bakar pernah menangis,
 Saiyidina Umar Al-Khattab, singa Allah juga menangis,
Saiyidina Ali Karamallahhuwajhah pun menangis teresak-esak tatkala merasakan dirinya tidak diuji oleh Allah.

Bukankah mereka semua merupakan Khulafa’ Ar-Rasyidin yang tidak pernah dapat dinafikan kegagahannya?

 Kini sudah 2 hari Dhiya koma.

“Dhiya… maafkan saya. Saya bersalah pada awak. Saya fitnah awak, saya marah awak, saya kutuk awak, saya caci awak, saya hina awak… tapi awak… awak tetap maafkan saya. Awak… awak tetap maafkan orang seperti saya…”

Aku diberitahu doktor bahawa peluang untuk Dhiya sedar begitu tipis sebentar tadi.

‘Sedangkan Allah memaafkan makhluknya, tidak mungkinlah manusia tidak akan memaafkan sesame mereka,’ bagaikan terdengar suara Dhiya menjawab.

“Dhiya… saya tahu awak dengar. Saya nak kata... saya pun sayangkan awak, cintakan awak dan…. Saya rindukan awak! Saya tak dapat terima awak boleh bermesra dengan lelaki lain selain saya. Tapi bila saya tahu hal yang sebenarnya, saya yang salah. Salah saya sebab tuduh melulu kat awak  tanpa mendengar penjelasan awak. Awak tau tak, begitu susah untuk saya melupakan awak selama 2 tahun ini? Saya... saya tak boleh hidup tanpa awak... awak bangun la! Saya nak hidup bersama orang yang saya cintai. Awaklah orangnya. Andai awak..” air mata jantanku gugur sekali lagi.

Tiba-tiba, tangan Dhiya bergerak. Aku menjerit-jerit memanggil doktor.

“A... wakkk... sa... ya... n... ak... min... tak... a… wak… ja... ga… a... nak… sa... ya... la... il... la... ha... il.. la.. llah…” aku menjerit-jerit memanggil doktor.

Suaranya semakin sayup kedengaran… dan akhirnya mesin disebelah katilnya menunjukkan tiada sebarang pergerakan. Bunyi beep yang panjang sahaja yang kedengaran dikala itu.

‘Andai awak tahu apa yang terdetik dalam hati saya ketika itu, awak pasti… pasti...’ bisik hati kecilku.

***
4 tahun kemudian…

“Assalamualaikum, abi...” seraya tanganku disalam anak-anak kecilku yang sudah berusia 4 tahun.

          “Waalaikumussalam, sayang...” balasku sambil menghadiahi mereka ciuman di pipi.
“Adhi… Ikha… seronok keluar jalan-jalan dengan ummi tadi? “ tanyaku pada anak-anakku, Khairin Zulaikha dan Khairul Zulfadhi.

“Mesti la seronok keluar dengan ummikan...” belum sempat mereka menjawab, isteriku sudah menjawabkannya.
Ummi nih... selalu ganggu abi date ngan Adhi ngan Ikha...” seraya itu, tanganku dicium oleh isteri kesayanganku itu. Lantas aku mencium ubun-ubunnya, Dhiya Inas Batrisyia yang sedang sarat mengandungkan anak pertamaku bersamanya.

 “Sesungguhnya AKU membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”. [Surah AL-Mu'minun:111]

Terima kasih Allah kerana mengizinkan 5 minit tu datang dalam hidupku. Sayangku, terima kasih kerana meminta 5 minit tu dari suamimu ini. Terima kasih! Sebab 5 minat je lah aku sedar tentang keegoanku yang mengunung itu. Sebab 5 minit tu jelah aku sedar aku masih perlukan sayangku. Hanya sebab 5 minit je, semua bertukar. Hanya sebab 5 minit je.

 - Muhammad Firdaus Rayyan –

Biarlah anak itu bukan dilahirkan dari hubungan yang sah, namun tetap akan ku pelihara! Lahirnya mereka di dunia bukannya sesuatu untuk dihina atau dicaci malah untuk disayangi kerana mereka adalah anugerah Ilahi!

-          Dhiya Inas Batrisyia -


                                                             TAMAT

No comments:

Post a Comment