Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 9

“Akak dengan abang Is nak gi dah esok. Boleh laa ek?” Mira meminta izin daripada abang iparnya untuk ‘meminjam’ kakaknya itu.
“Ye laa, dik oii…” jawab Is.

Malam itu sekali lagi, papanya menanyikan lagu Hijjaz kepada mereka berdua. Tapi kali ini hanya Mira yang mendengarnya sehingga habis lagu itu, sedangkan Ira telah tertidur kerana letih mengemas barang untuk ke Jepun atas urusan kerja.

Pagi itu, mereka bersarapan bersama-sama sebelum berangkat ke KLIA. Selepas sarapan mereka terus berangkat ke KLIA. Mira kelihatan berat hati untuk melepaskan kakaknya itu.

Ketika bersalaman dengan mama dan papanya di airport, Ira ada menyebut agar menghalalkan segala makan minumnya. Entah mengapa mulutnya berkata sedemikian. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Ketika berpelukkan dengan Mira, dia merasakan Mira seakan tidak mahu dia pergi. Selepas itu, dia pergi kepada anak buahnya, Hawa Nur Ain yang sudah berusia 1 tahun itu.

Setelah pengumuman penerbangan ke Jepun, Ira sekeluarga segera ke pintu berlepas. Mereka melambai-lambaikan tangannya sebagai tanda selamat jalan ke arah keluarganya yang sudah pun mengalirkan air mata.

Sejak keluar dari airport tadi, Amiruddin merasa sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Namun dia hanya pendamkan saja. Dia memandu kereta yang dinaiki papa dan mamanya. Mira menaiki kereta suaminya untuk ke rumah rakan Zahim sekejap.

Semasa Mira baru hendak masuk ke dalam keretanya selepas makan tengah hari, telefon bimbitnya berdering.

“Assalamualaikum. Puan ahli keluarga Encik Haris ke?” tanya orang di dalam talian kepada Mira.
“Waalaikummussalam. Ya,saya. Kenapa?” jawab Mira dengan hati yang berdebar-debar.

“Keluarga puan sekarang berada HKL. Mereka kemalangan dan sekarang keadaan mereka sangat kritikal,” terang orang itu.

“Ya, Allah!! Ok...ok, saya akan ke sana segera,” jawab Mira dengan pantas.
“Kenapa ni?” tanya suaminya selepas nampak wajah muka isterinya berubah setelah menjawab panggilan itu.

“Mama,bang. Diorang accident!!!” jawab Mira seraya memeluk Im lantas menangis dibahu suami tercintanya itu.

Zahim terkejut dengan berita yang didengarinya itu. Dia menenangkan isterinya, lalu memecut untuk pergi ke HKL. Hawa yang bagaikan mengerti mengelap air mata yang jatuh di pipi mamanya. Malangnya, itu lagi menyedihkan Mira.

Ketika mereka tiba di HKL, Amiruddin, Puan Areena dan Encik Haris masih berada di dalam bilik kecemasan.

************************************************************

Kejadian itu berlaku apabila kenderaan bermuatan berat yang berada di belakang kereta Mercedez Benz yang dipandu Amiruddin itu hilang kawalan, lalu terlanggar belakang kereta yang pandu Amiruddin dan kereta itu terlanggar kenderaan bermuatan berat di hadapannya. Kerana kereta itu berada di tengah-tengah antara kenderaan bermuatan berat, jadi, kecederaan penumpang sangat parah. Kemalangan itu berlaku dalam masa 1 jam selepas mereka semua menghantar Iskandar sekeluarga di KLIA.

**********************************************************

Mira yang terdengar perbualan antara Zahim dan pegawai polis setibanya mereka di airport Jepun tentang kejadian yang menimpa keluarganya itu terus pengsan. Tatkala dia sedar, dia terus meraung-raung. Namun apabila dia ditenangkan oleh Zahim, dia menangis di bahu suaminya sekuat hati.

**********************************************************

Setelah berjam-jam bertukus-lumus menyelamatkan 3 nyawa, hanya satu nyawa yang dapat diselamatkan. Tapi orang itu dalam keadaan koma. Saat doktor memberitahu kepada ahli keluarga terdekat mangsa tentang kematian Encik Haris dan isterinya, Puan Areena, Mira sudah jadi tidak keruan. Dia bagaikan seorang pesakit jiwa.

Sayu hati ibu mertuanya apabila melihat menantunya yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri kelihatan tidak keruan. Mira sudah tidak mempedulikan sesiapapun termasuk anaknya, Hawa.

“Awa nak nak mama… Awa nak mama…” nangis Hawa di pangkuan neneknya.

Walaupun Hawa cuba melepaskan diri dari pelukan neneknya itu, namun dia ditahan juga oleh neneknya. Dia bukan ingin menyakiti cucunya itu, tetapi dia tidak mahu cucunya melihat mamanya dalam keadaan itu.

Berita sedih itu sudah disampaikan oleh Zahim kepada Iskandar di Jepun.

Kehilangan papa dan mama amat dirasai oleh Mira sebagai anak manja. Saat itu, dia teringat akan pesan papanya malam sebelum Ira berangkat ke Jepun.

“Mira,sayang. Nanti kalau papa dah tak ada, Mira jangan sedih tau. Papa tak nak anak papa nangis, “ kata Encik Haris kepada anak manjanya itu.

“Ish… papa ni… cakap pasal mati pulak,” jawab Mira.
“Kalau kita dah tua nanti, kita pasti akan membicarakan hal ini juga. Ingat pesan papa tu tau. Nanti kalau mama dan papa tak de, Mira jangan nangis. Mira sayang papa dengan mama kan? Jadi Mira jangan nangis tau!” balas ayahnya.

Mira menelefon kakaknya untuk berada disisinya. Hati Mira saat itu bagaikan sudah dicincang. Perit dirasanya, namun dia tahu yang pergi tidak akan kembali. Itu dia pasti. Apabila  terkenang kenangan bersama arwah papa dan mamanya, air mata turun tanpa dipinta.

**************************************************

Mira membawa pulang arwah papa dan mamanya untuk diuruskan sendiri olehnya dan keluarga terdekatnya.

“Ayah … ayah… ape nek egan tok tido kat citu?” tanya Hawa kepada ayahnya ketika dia berada di pangkuan ayahnya itu. “Awa gi ejut tau,” sambungnya lagi apabila ayahnya tidak menjawab persoalan itu. Zahim tidak sempat menghalang anaknya itu pergi ke arwah neneknya itu.

“Nek… nek angun laa… angan ido kat ni. De amai orang kat ni...” kejut Hawa kepada neneknya itu. Apabila neneknya tidak memberi respond, dia beralih kepada atuknya pula.

“Tok… tok angun laa… Awa nak main ngan tok... angun laa...” kejut Hawa sambil menangis-nangis apabila datuk dan neneknya tidak memberi sebarang respond. Lalu dia berlari dan mengadu pada ayahnya. Dia menangis di bahu ayahnya, bagaikan dia tahu bahawa nenek dan datuknya telah pergi buat selama-lamanya.

Selepas segala urusan jenazah selesai, mereka mengebumikan kedua-dua jenazah itu tanpa menunggu Ira. Sehingga selesai pengebumian itu, wajah Ira masih tidak kelihatan. Sampai ke Maghrib pun Ira masih tidak datang-datang. Kecewanya hati Mira, tiada siapa yang tahu. 

Ketika Hawa melonjak keriangan melihat telatah Upin dan Ipin, kakinya terpijak remote control. Tiba-tiba siaran Upin dan Ipin bertukar ke siaran berita utama. 

Sebuah kapal terbang dari Jepun ke Malaysia telah terhempas selepas 10 minit berlepas dari lapangan terbang Jepun. Siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kerosakan enjin dan dalam kemalangan ini, ramai yang terkorban dan 25 daripada mereka cedera parah dan dibawa ke hospital. Antara yang terkorban termasuklah 7 warga Malaysia dan seorang kanak-kanak lelaki. Identiti mereka masih belum dikenalpasti akibat daripada hempasan tersebut. Berita dilaporkan dari Nurul Aiman untuk TV3. Kembali ke sri pentas,” lapor pemberita itu.

Berita yang mengejutkan itu didengari oleh semua penghuni rumah agam itu akibat daripada volume suara yang dikuatkan ketika Hawa menonton Upin dan Ipin tadi.

Bagaikan terjatuh dari tingkat 14 Hotel NA dan kemudiaan digilis treler tayar 16, jantung Mira bagaikan terhenti apabila terdengar berita tersebut. Semua yang ada di situ terkejut dengan apa yang didengari mereka.

Mira bagaikan orang gila kerana tidak mempercayai apa yang didengarnya itu.
“Tidak!!! Tak mungkin!!! Tidakkkk!!!” lalu Mira hampir terjelepok di lantai. Namun, nasib baik Mak Jah sempat menyambut majikannya itu.

“Ya, Allah!!! Mira!!!” Im melulu terus ke isterinya.

Mira menangis terkedu-kedu. Kini kembarnya benar-benar telah pergi pada hari yang sama papa dan mama meninggalnya.

“Kakak jahat!!! Sampai hati kakak tinggalkan adik sorang-sorang… “ katanya sambil menangis di bahu suaminya.

Zahi cuba memujuk isterinya, namun hanya sia-sia. Benarlah kata abang iparnya. Jika Mira berada di dalam keadaan betul-betul sedih, hanya tiga insan saja yang boleh memujuknya iaitu papa, mama dan Ira.

****************************************************************

Mira merasakan kakaknya belum mati, tapi Zahim menyuruhnya meredhai kepulangan kakaknya ke rahmatullah. Bagaimana dia nak meredhainya kalau dia merasakan kakaknya belum mati?  Mira dibawa ke bilik oleh mertuanya bagi mengelakkan kekasaran Mira terhadap Im.

Malam itu, Mira ingin tidur sendirian di bilik arwah mama dan papanya. Zahim hanya menurut kata isterinya itu. Dia tahu Mira memerlukan masa untuk menerima segala musibah yang menimpa dirinya. Kehilangan papa, mama dan kakak dalam satu hari bukannya sesuatu yang mudah untuk diterima kenyataannya.

Kehilangan Ira sekeluarga pada pertengahan bulan 12 ini amat menyayat hati. Bagai jatuh ditimpa tangga, apabila dua insan yang disayangi, papa dan mama pergi diikuti dengan tiga insan yang lain, Ira, Iskandar dan Adam.

Pagi itu, Mira tidak turun bersarapan bersama. Zahim membawa makanan pergi ke bilik arwah mamanya. Setelah bilik diketuk, Zahim masuk apabila tiada yang menyahut.

“Sayang, abang bawak makanan ni. Sayang makan ye... Dah semalaman sayang tak makan, nanti sayang sakit siapa susah…abang jugak yang susah tau. Makan sikit pun. Makan ek...” Zahim ingin menyuap sarapan itu ke mulut Mira, namun Mira tidak memberi respond yang dia akan makan. Puas Zahim memujuk, namun Mira tidak memberi apa-apa respond pun. Isterinya hanya merenung, merenung dan merenung.

Malam itu, mereka menonton berita utama bagi memastikan siapakah yang terkorban dalam nahas kapal terbang itu..

“Mangsa yang terkorban dalam nahas kapal terbang yang terhempas  semalam ialah Muhamad Jusmin bin Saad,55, Sofia Syafinaz binti Muhd Zulkifli,28 , Nur Amirah binti Haris,26, Nur Aimi Natasya binti Hakim,26, Nik Putra bin Nik Puteria,20, Zakiah binti Muhd Zakiyah,20, Tengku Adam Syukri bin Tengku Muhammad Iskandar,3.”

Saat itu, hancur remuk hati mereka apatah lagi Mira sebagai kembar Ira yang pernah berkongsi satu rahim dengannya. Anak buahnya juga telah pergi bersama umminya.

Zahim lantas menghubungi rakannya yang kebetulan ada di Jepun untuk mencari Iskandar sekaligus untuk pengkebumian arwah Ira dan Adam di sana. Namun tiada berita yang diterima setelah pengkebumian itu. Zahim sekeluarga tidak menghadiri majlis itu kerana dia ingin memujuk Mira supaya kembali ke pangkal jalan.

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”
 (al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”
(Yusuf : 12)

No comments:

Post a Comment