Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 4

Ira dan Mira mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Mereka meraikan kejayaan itu. Kak Isabella, kakak Aisyah yang belanja Ira, Mira, Aisyah dan Mei Ming di Midvalley, lagipun Kak Isabella baru saja mendapat gaji bulanan. Mereka bersahabat sudah 2 tahun. Namun ketika hendak pulang, Ira hendak ke tandas. Kak Isabella, Aisyah, Mei Ming dan Mira tunggu di parking lort. Tiba-tiba muncul sebuah motor, lalu berhenti disitu. Empunya motor itu turun dari motor dan terus pergi ke arah Mira.

“Hai Mira, tak ingat aku dah ke?” kata Amir kawan sekelas Mira ketika mereka berada di Tingkatan 1. Amir seorang budak yang nakal sebab itu dia tidak rapat dengan Amir.

“Aku... ingat,” jawab Mira perlahan.

Amir berpatah balik ke motornya yang mempunyai dua ekzos itu selepas Mira menjawab pertanyaannya. Tanpa menunggu lama, dia terus berlalu ingin melanggar Mira. Mira yang mengelak dari pelanggaran itu terjatuh dan kepalanya terhantuk pada tiang yang ada disitu. Kerana takut dengan darah yang banyak keluar dari dahi Mira, Amir terus melarikan diri.

Sementara itu, Aisyah sudah berlari mencari Ira untuk memberitahu akan hal ini. Dan Mei Ming pulak menelefon Amiruddin.

Amiruddin yang ketika itu berada di jalan raya, menghentikan motornya di bahu jalan.
“Ya, Mei Ming. Ada apa?” jawab Amiruddin selepas menekan butang ‘answer’.

“Abang! Mira abang...” jawabnya Mei Ming cemas.
“Kenapa dengan dia??“ dengan pantas Amiruddin bertanya.
“Amir... tadi datang ganggu Mira kat parking lot. Sekarang ni dahi Mira berdarah… banyak bang... abang cepat la datang,” balas Mei Ming yang fasih berbahasa Melayu.
“Ok… Ok... tolong jaga Mira elok-elok,” ujarAmiruddin.

***

“Bangang kau Amir, “ kutuk Amiruddin seraya menekan nombor telefon Shah. Dia sudah sedia maklum yang Zahim akan  melepak kat rumah Shah. Lagipun kalau dia telefon Zahim, semesti Zahim lambat angkat. Maklumlah buka kilang cara-cara untuk tidur. 

“Assalammualaikum… Wei! Amir cari pasal. Kau tunggu aku kat tempat biasa. Kau kasi tau Im, suruh dia amik adik aku kat parking lot Midvalley. Pastu suruh dia pergi tempat Amir. Move!” katanya dengan tegas.

“Ok...” jawab Shah ringkas, salam itu telah dijawab didalam hati.
“Kereta aku kat rumah kau kan? Suruh dia guna kereta Porsche aku lu, kunci kat meja makan,“ sambung Amiruddin
“Ok... gerak dulu,” kata Shah.

Shah berlari ke bilik Im.

“Im, Mira dalam masalah,” cakapnya selepas menyimbah air sebaldi ke muka Im.
“Ya Allah! Banjir!!! “ jerit Im kerana terkejut dengan simbahan itu.

“Wei! Bukan banjir dah, ribut taufan dah melanda kat luar tu. Mira kena kacau dengan Amir. Kau ambil Mira guna kereta Rul kat parking lot Midvalley and then kau pergi tempat Amir. Agaknya, mati kot Amir hari ni kena dengan Rul,” katanya dengan pantas.

“Jom!” kata Im selepas mengambil jaket hitamnya di kerusi.
“Kslau ye pun, gosoklah gigi dulu. Nanti kekasih kau lari susah,” kata Shah.
“ Saya sudah siap memandikan diri malah  telah mengosok gigi saya yang comel ini 2 kali pagi ini!” balas Im dengan mengunakan bahasa Melayu tulen.

“Jom gerak!” kata Im selepas melihat Shah tercenggang di situ.

***

Dengan kelajuan yang Im bawa, hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai kat parking lot Midvalley. Maklum la, kereta Porsche Cayman R katakan. Kereta dengan kelajuannya 282 km/h. Sesampainya dia di sana, dia terus memapah Mira masuk ke dalam kereta dan terus pergi ke tempat Amir.

Shah yang menaiki motor jenis Yamaha YZF-R1 selaju 200km perjam sampai ditempat Amir dalam masa 4.5 minit. Dia dan Amiruddin sampai tepat pada masanya kerana ketika itu Amir sudah hendak beredar.

Amiruddin yang baru sampai terus membuka helmetnya sekali gus menumbuk muka Amir bersama-sama helmet itu. Lalu Amiruddin melepaskan helmet itu ke tanah. Dengan sepantas kilat dia terus menumbuk perut Amir.

Shah pula telah membelasah kawan-kawan Amir yang hendak memukulnya. Shah dapat menumbangkan 3 orang hanya dalam masa yang singkat. Siapa tidak kenal Shah, juara bertahan 3 tahun berturut-turut dalam Taekwando mewakili negerinya. Malah dia telah pun memegang tali pinggang hitam sejak berada di Tingkatan 3 lagi.

Ketika Zahim dan Mira tiba, Amir sudahpun tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Mira yang kesian melihat keadaan Amir yang bergelumur darah itu terus menghentikan pergaduhan itu.

“Dah laa… bang!” katanya seraya air matanya mengalir turun ke pipi gebunya.
“Abang tak kan lepaskan dia,” Amiruddin tidak mahu mengalah dengan Amir.

Saat itu, penumbuk sudah diangkat untuk menumbuk Amir. Namun, tumbukkan itu tidak sempat mengena muka Amir kerana dihalang oleh adiknya itu. Amir terus melarikan diri saat peluang keemasan tiba.

Pukulan yang akan diberi oleh Amiruddin tadi akan memberi kesan kepada Amir, terutamanya pukulan yang menggunakan helmet pasti akan meninggalkan parut. Bagaikan mengerti kesakitan yang dihadapi adiknya, dia terus membawa adiknya ke hospital menggunakan kereta Porschenya yang dibawa oleh Zahim tadi.

 Ira, papa serta mamanya di rumah diberitahu agar tidak terlalu risau. Namun bagi Ira, siapa tidak risau kalau adiknya dalam kesusahan, malah, itu kembarnya yang pernah berkongsi rahim dengannya. Namun, setelah setahun berlalu, kerisauan itu tidak pernah hilang. 

No comments:

Post a Comment