Ketenangan

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafie]


Friday 27 January 2012


BAB 11

“Mama!!! Papa!!! Ayah!!! Adam nampak ummi!!!” jeritnya sambil masuk ke dalam rumah.

“Adam ni... dah la, sayang. Pergi panggil Hawa masuk, tukar baju. Kita nak keluar,” kata Zahim lembut tatkala ternampak muka isterinya berubah.

“Tapi… Adam ada…” belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, kedengaran orang memberi salam.

Oleh kerana Zahim tidak mahu menyusahkan Mira yang sedang sarat mengandung itu, dia pergi dengan Adam ke arah suara itu. Terpampang lima insan dan tiga daripada insan itu adalah orang yang dia sayang. Salah satu insan yang dia sayang adalah Hawa. Air matanya tidak dapat lagi dibendung apabila doanya didengari oleh Allah. Lalu dia memeluk dua insan yang dia sayang itu, Adam pula sudah memeluk insan yang satu lagi. Namun lagi dua insan Adam tidak kenali.

Apabila Zahim menjemput keempat-empat insan yang datang itu masuk, Mira baru bangun dari sofa.

“Adik…” perkataan itu telah membuat Mira pandang ke arah tetamunya. Oleh kerana terlalu terkejut, Mira terduduk.

Ketika Ira ada dihadapannya, dia terus memeluk kakaknya itu. Dia amat merindui kakaknya.  Dia menangis di bahu Ira. Lepas beberapa minit, baru Mira sedari dia mempunyai tetamu perempuan selain kakaknya.

Tatkala dia terpandang wajah tetamu itu, dia pasti itulah kawannya yang amat dirinduinya dari dulu. Dia berpaling kepada Ira untuk meminta penjelasan lantas kepala Ira mengangguk tanda benar apa yang dilihatnya itu. Dia memeluk Umairah yang sudah berada disebelahnya.

Hawa dan Adam sedang berjoget kegembiraan apabila Amiruddin turun untuk keluar seperti yang dijanjinya.

“Aik, Adam dengan Hawa ni happy semacam je. Siapa ajak dia, papa ajak mama dengan ayah je, betul kan…” kata Amiruddin ketika baru turun dari tangga lantas berpaling ke ruang tamu. Namun ayatnya tergantung apabila ternampak insan yang tersayang.

Ira lantas berlari ke arah abangnya dan terus memeluk abangnya yang tengah kaku. Dia menangis kerana amat merindukan abangnya itu. Beberapa saat barulah abangnya membalas pelukkan itu.

Hari itu adalah hari yang amat gembira dalam hidup mereka. Dengan keletihan yang tidak hilang lagi, mereka semua pergi ke tanah perkuburan Islam untuk melawat kubur papa dan mama mereka. Ira dan Iskandar begitu merindui arwah. Kali terakhir mereka melihat arwah ketika berada di KLIA sebelum berangkat ke Jepun.

Pagi itu, mereka bersarapan bersama-sama. Iskandar memperkenalkan dua insan itu kepada mereka iaitu Umairah dan abangnya, Daniel. Ira kenal dengan Dr. Daniel kerana doktor inilah yang memberi kebenaran kepadanya untuk masuk semasa Mira ingin melahirkan Hawa.

Rupanya, Dr.Daniel merupakan kawan baik Amiruddin ketika berada di Jepun dulu. Kerana Dr. Danish, abang kepada Daniel dan Umairah telah meninggal dunia dalam kemalangan terhempas lima tahun lalu, Daniel menceburi bidang itu kerana itulah yang ingin dilihat oleh abangnya.

Petang itu, mereka makan pisang goreng yang dibuat oleh Ira dan Umairah sambil bergelak ketawa bersama Daniel yang ada di situ. Mereka juga tergelak dengan lawak yang dibuat oleh Iskandar untuk mengenakan Zahim. Sudah lima bulan Danial mengenali Iskandar. Dia tahu serba sedikit tentang Is.

Daniel bercakap sesuatu dengan Amiruddin, tapi masih boleh didengari oleh Mira yang ada dihadapan mereka.

“Wei, Mie. Kau ingat tak time kau umur tujuh tahun time kat pasar malam?” tanya Daniel kepada kawannya itu.

“Entah ar… dah lama… lupa ar beb... Kenapa? Ade apa-apa yang special ke?” tanya Amiruddin teruja.

“Ingat tak, kau ada tolong sorang budak perempuan pakai dress color pink?” sambung Daniel tak mahu beralah.

“Perempuan? Dress? Pink? Ermm… hah… ada-ada... Sebab budak tu jatuh aku tolong laa, habis kotor dress budak tu. Lagipun kan, aku nampak muka budak tu kan macam nak nangis… lagi-lagi budak tu nampak so sweet…” terang Amiruddin panjang lebar.
“Aik... tiba2 kau ungkit hal ni, kenapa?” sambungnya lagi.
“Cakap je kau nak jadi adik ipar aku!” kata Daniel.

“Hah? Apa hal lak ni… kau jangan cakap budak tu…” belum habis ayat Amiruddin itu, Daniel sudah mengiyakan apa yang difikir Amiruddin ketika itu.

“Ish... abang ni… tak habis2 nak kenakan si Zahim tu...” kata yang baru keluar dengan Umairah bersama pisang goreng ditangan.

Iskandar sudah tersengih-sengih sambil makan pisang goreng hasil air tangan isterinya itu.
“Abang… abang cakap apa tentang adik? Baik abang cakap….” belum sempat dia pergi ke arah abangnya, dia terjatuh atas riba Amiruddin. Mukanya time tu merah padam macam ayam kena panggang.

‘Mak aiii… buat malu je kau nie Umairah...’ monolog Umairah dalam hati.

Kedengaran suara ketawa hasil daripada agenda itu.

“Makan nasi minyak lah kita lepas ni...” kata Zahim belum sempat Umairah bangun dari riba Amiruddin.

“Siapa punya?” tanye Ira kehairanan.
“Kawan Ira laa...” jawab Iskadnar.

Umairah terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia cepat-cepat bangun dari riba Amiruddin. Malunya belum habis dah datang satu lagi masalah.

“Dengan?” tanya Ira lagi.
“Cik abang kita laa…” serentak mereka semua menjawab soalan Ira.

Muka Amiruddin dan Umairah sudah merah menahan malu.

“Adam dengan Hawa nanti kena panggil aunty Umairah ibu tau...” kata Zahim yang duduk bersebelahan dengan isterinya kepada anak dan anak buahnya itu. Mereka mengangguk tanda faham dengan apa yang diberitahu oleh ayah mereka.

Semua orang yang ada di situ tergelak melihat kelucuan Adam dan Hawa.



Memanglah mudah untuk kita berkata
tapi payah untuk melakukan.
Memanglah mudah untuk jatuh rebah
tapi susah untuk bangun kembali.
Memanglah mudah untuk berbuat amal
tapi payah pada istiqamah.
 
InsyaAllah, semuanya terletak pada kekuatan hati yang turut dipandu oleh akal kita.

No comments:

Post a Comment